Saya Mahu Segera Mempunyai Anak – Izzue Islam

Hiburan

Saya Mahu Segera Mempunyai Anak – Izzue Islam

Daripada apa yang Abang Nara baca di ruangan komen, perkahwinan Izzue Islam, 23 tahun dan Awin, 31 tahun ternyata telah membuatkan ramai wanita mengalirkan air mata. Namun Abang Nara percaya peminat-peminat Izzue akan sentiasa mendoakan kebahagiaannya bersama isteri tercinta, bukannya mengeluarkan kata-kata yang kurang elok didengar dan menyakitkan hati pengantin baru ini.

izzue islam kahwin

Advertisement

Apa pun Abang Nara suka melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan ini setelah sah bergelar suami isteri. Memang nampak bahagia sangat-sangat. Dan Abang Nara bertambah gembira apabila Izzue Islam menyatakan kesediaannya untuk bergelar bapa secepat mungkin. Kata Izzue kepada Mstar Online:-

Jika rezeki diberi awal memang saya mahu segera mempunyai anak dan sudah bersedia untuk bergelar seorang bapa tambahan pula anak itu nanti akan memberi berkat dan menyerikan rumah tangga kami

isteri izzue islam mengandung

Dan Abang Nara pasti Awin akan cair apabila mendengar kata-kata romantik yang dikeluarkan oleh suaminya di hari perkahwinan mereka. Romantik juga si Izzue ini. Kata Izzue:-

Dia seorang yang tidak mudah putus asa malah sangat penyayang, penyabar dan pemaaf. Sudah pelbagai perkara kami harungi sepanjang enam tahun ini dan dialah orang yang sentiasa bersama saya sehingga ke tahap ini. Saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan Awin sebagai isteri dan ini adalah hadiah hari jadi yang terbaik pernah saya terima.

Buat Izzue dan Awin, selamat melayari bahtera rumahtangga. Jutaan tahniah sekali lagi atas perkahwinan anda. Semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin ~~

P.S: Park Royal Hotel Singapura yang sangat menakjubkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...