“Saya Mahu Kekal Muda Dan Berseri” – Fatiya Latiff Mengaku Suntik Botoks, ‘Filler’ Di Wajah

Hiburan

“Saya Mahu Kekal Muda Dan Berseri” – Fatiya Latiff Mengaku Suntik Botoks, ‘Filler’ Di Wajah

Pelakon sensasi, Fatiya Latiff mendedahkan dia ada melakukan sedikit ‘perubahan’ di wajahnya agar kekal cantik dan awet muda.

Ingin memastikan wajahnya tidak dimamah usia, aktres yang terkenal menerusi drama rantaian Ariana Rose itu mengaku ada menyuntik ‘filler’ dan botoks di beberapa bahagian muka.

Advertisement

Dulu muka saya cengkung, rasa tak cantik, sebab tu saya suntik agar lebih cantik. Saya tak faham kenapa ramai cakap wajah dahulu cantik, padahal saya rasa cengkung dan tak cantik.

Lagipun umur saya meningkat, saya mahu kekal nampak muda dan berseri.

Jelas Fatiya, rawatan ‘filler’ kecantikan adalah sesuatu yang normal dilakukan orang pada ketika ini.

Saya rasa kita kena ikut peredaran zaman. Dulu mungkin orang malu nak mengaku. Tapi sekarang ramai yang buat. Perkara ini dah menjadi normal.

Kalau rawatan suntikan boleh mencantikkan lagi wajah kita, kenapa tidak? Bagi saya tiada masalah. Yang penting lepas kita buat, kita rasa lebih yakin dan gembira untuk keluar rumah. Tak perlu nak bersolek sangat.

Tambah Fatiya, dia ada melakukan suntikan kecantikan di bahagian pipi, bibir dan hidungnya menggunakan kaedah ‘salmon skin treatment’.

Rawatan-rawatan yang saya lakukan kebanyakannya ditaja. Ada juga yang tawarkan untuk menaja saya buat pembedahan bariatrik. Tetapi saya masih fikir lagi. Sebelum ini saya ambil ubat Ozempic untuk kurus.

 

Saya tahu tubuh saya agak berisi. Saya perlu kuruskan badan supaya senang dapat tawaran berlakon seperti sewaktu saya kurus dahulu.

Perkembangan terkini, Fatiya bakal muncul dalam drama terbaru iaitu Cinderella Jadian dan Jangan Tinggal Abang Dik arahan Erma Fatima.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tya ariffin beri respon adik ipar bercinta dengan Amelia handerson
4 months ago

"Mereka Masih Berkawan" - Tya Ariffin Buka Mulut Mengenai Spekulasi Aazief Khalid Dan Amelia Handerson Bercinta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...