March 17th, 2020

Siapa yang tidak menginginkan kehidupan mewah, pangkat dan segalanya serba serbi cukup serta sempurna. Kata orang, petik sahaja jari segala yang diimpikan pasti akan dapat tetapi hakikatnya harta benda tidak mampu menjamin kebahagiaan dan ketenangan hidup.

aliff syukri

Menurut Datuk Seri Aliff Syukri, dia terdetik untuk kembali menjalani kehidupan lamanya sebelum dia menjadi seorang jutawan dan  dikenali ramai seperti sekarang. Dahulu dia mengejar untuk menjadi kaya tetapi kemewahan serta populariti yang dimilikinya kini tidak seindah yang disangka.

Dulu waktu saya susah, saya sangkakan apabila kita ada duit, kita akan seronok, tapi sebenarnya kalau kita banyak duit, kita akan hilang banyak benda seperti hilang kawan, hilang privasi dan hilang masa.

View this post on Instagram

. . Saya ingin bahagia. Kenapa benda yang kita mahukan di dalam dunia ini, tidak semua benda kita akan dapat.. lagu ini telah sy posting … di youtube tv terlajak laris .. jgn lupa dengar kemerduan suara kebanggaan dunia

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Saya rasa macam nak tukar diri saya nak jadi orang yang tidak ingin dikenali, saya nak patah balik (kehidupan lama). Saya rasa nak berhenti daripada media sosial, nak bawa apa yang saya ada ke luar negara.

Malah, Aliff merasakan dirinya mahu menjalani kehidupan sebagai orang biasa sahaja. Namun, dia sedar serta mengakui sebagai manusia  semuanya tidak akan pernah cukup dengan apa yang ada.

aliff syukri gaji rm3500

Saya nak gaji RM3,500, saya nak duduk rumah teres, mungkin saya nak ada kereta Exora dan menyorokkan diri, daripada apa yang saya pernah inginkan 15 tahun lepas.

Saya rasa benda itu lebih buat saya gembira. Tapi itulah, manusia ini tak pernah cukup, dah dapat apa yang dihajati, mahukan lain pula.

aliff syukri gaji rm3500Meskipun sering dihimpit kontroversi dan dikecam, Aliff berkara setiap apa yang dilaluinya itu menjadikan dirinya seorang yang lebih matang.

Hidup dalam zaman moden, ramai yang mengejar kekayaan. Seseorang itu akan dikatakan tidak berjaya dalam hidup kalau tiada kereta, harta yang banyak ataupun mahligai indah. Bagaimanapun, kalau kita sering rasa bersyukur dengan apa yang kita ada, itulah kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar.

Sumber Berita : Astro Gempak


27 responses to “Saya Mahu Hidup Gaji RM3500, Duduk Rumah Teres – Aliff Syukri”

  1. Sulaiman says:

    Byk Sekolah pondok, tahfiz, rumah anak yatim Yg daif, asnaf Yg memerlukan bantuan Datuk…

  2. Anonymous says:

    Ingat alif bantu yg susah anda akan rada tenang

Loading...