Berita perceraian pasangan popular Nazim Othman dan Bella Dally yang diumumkan pada hari pertama Ramadhan nyata mengejutkan ramai pihak. Siapa sangka, pasangan yang kelihatan harmoni ini sebenarnya menyimpan seribu satu rahsia dan perasaan yang tidak mampu diungkap disebalik senyuman yang terukir di wajah mereka.
Terbaru, Nazim menerusi akaun Instagramnya sekali lagi meluahkan perasaan mengenai kisah cerai beliau bersama Bella.
Menurut Nazim, pada awalnya beliau ingin merahsiakan apa yang sudah berlaku, tetapi membuat keputusan untuk bercakap mengenainya kerana mahu Bella ‘move on’ dengan tenang dan mengejar segala impiannya.
Nazim dan Bella sah bergelar suami isteri pada September 2016 dan belum dikurniakan cahaya mata. Difahamkan, pasangan ini bercerai pada awal bulan ini di Kota Kinabalu, Sabah.
Buat masa ini berilah ruang kepada mereka untuk cuba merawat hati yang sedih dan mendoakan agar kedua-duanya dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Bercerai bukannya mudah tetapi apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.