Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Mahu Dia Jujur Pada Diri Sendiri – Bapa Puteri Balqis Jawab Teguran Imej Seksi Anaknya

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon kanak-kanak yang berbakat, Puteri Balqis Azizi bukan? Beliau juga turut mempunyai jumlah peminat yang agak ramai. Sering berkongsi foto aktiviti sehariannya di akaun Instagram,  Balqis juga tidak dapat lari daripada kritikan ramai. Sesetengah netizen mula mempertikaikan cara pemakaian Balqis yang agak seksi dan tidak begitu sesuai dengan umurnya.

Advertisement

Walaubagaimanapun, baru-baru ini ruangan komen di akaun Instagram @rockingbalqis sudah ditutup. Menurut bapanya, Azizi Aziz beliau mengambil langkah tersebut kerana tidak mahu emosi anaknya itu terganggu dengan segala komen negatif yang dilemparkan.

Benar, memang kami sengaja menutup ruangan komen pada setiap posting gambar anak saya di Instagram kerana kami tahu dia tidak kuat untuk hadapi cacian dan tohmahan orang.Sebagai ayah saya tahu dia dah cuba jadi yang terbaik untuk diri dan kerjaya seninya. Malangnya masih ada orang yang sengaja mahu mencari salah-silap dia.

Soal berpakaian tu, pada usianya sekarang saya hanya mahu dia jujur pada diri sendiri dan selesa apa yang dia buat. Tiba waktunya dia membesar dan matang macam orang lain juga.

Tambah Azizi, beliau tidak pernah lupa memberikan didikan agama kepada anaknya itu. Buat beliau, tidak salah jika ada yang ingin menegur Balqis tetapi biarlah kena pada caranya.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top