Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Mahu Bertudung Dengan Ikhlas, Bukan Kerana Terpaksa – Stacy

Suaminya, Akim pernah digelar dayus oleh netizen kerana membiarkan Stacy tidak bertudung selepas berkahwin. Itu satu gelaran yang amat dasyat, lebih-lebih lagi Stacy baru sahaja mengenali apa itu Islam. Sememangnya menutup aurat itu adalah wajib, namun biarlah ia datang dengan keikhlasan dan kesedaran dari dalam diri. Saudara baru dalam Islam ini kita kena ajar dengan hikmah, sabar dan rileks. Kalau paksa memaksa ini nanti dia pulak yang stress.

stacy

Advertisement

Malah Stacy sendiri mempunyai pendiriannya tentang tudung. Kata Stacy:-

Tentang tudung, beri saya masa. Saya tidak mahu tergesa-gesa dan berubah secara drastik. Biarlah ia berlaku seiring dengan keikhlasan dan kehendak sendiri dan bukan kerana orang lain.

stacy

Yang penting, Akim telah memberikan ilmu agama yang secukupnya kepada Stacy sepanjang perkahwinan mereka. Stacy sendiri telah mengupah seorang ustazah untuk datang ke rumah mengajar dirinya membaca dan mendalami Al Quran. Bagi Abang Nara, itu satu inisiatif yang cukup bagus. Kita selaku peminat cuma perlu doakan agar hati Stacy terbuka untuk bertudung satu hari kelak. Sambil-sambil itu kita tunjukkan contoh seorang Islam yang baik. Tak gitu? Sumber ProjekMMO.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama