Wow. Abang Nara respek dengan tahap ketenangan dan kematangan yang ditunjukkan oleh Redzwani Puteri (Wani), tunang Shah Jaszle. Walaupun tunangnya sudah disahkan JAIS ditangkap khalwat dengan wanita lain, Wani masih mahu mendengar penjelasan sebelum membuat apa-apa keputusan.
Yang pasti, Wani melahirkan rasa tidak percayanya apabila diberitahu mengenai berita tersebut. Kata Wani kepada portal Murai:-
Saya terkejut apabila diberitahu oleh seorang wartawan malam semalam mengenai Shah Jaszle yang ditangkap khalwat kerana saya sendiri tidak mengetahui apa-apa tentang berita itu. Rasa seperti tidak percaya pun ada kerana pada petang Rabu iaitu sebelum dia ditangkap khalwat, ayahnya ada menelefon saya bertanya khabar dan dia beritahu ketika itu Shah ada di rumah. Sebenarnya saya pun tak sempat lagi berjumpa apatah lagi bercakap dengannya. Cuma saya sempat telefon dia malam semalam ketika dia sedang tidur dan dia hanya beritahu berita itu tidak benar.
Menurut Wani, Shah Jaszle berjanji akan memberikan penjelasan selepas selesai menjalani penggambaran. Tambah Wani lagi:-
Terus-terang saya masih boleh bertenang ketika mendengar berita itu dan tidak peduli dengan kata-kata banyak pihak daripada blog dan laman sosial sejak berita itu tersebar luas. Malah, saya mahu beri peluang kepadanya untuk beri penjelasan sebelum saya membuat apa-apa keputusan mengenai pertunangan kami. Shah pun kini sedang menjalani penggambaran dan dia berjanji untuk menjelaskan semuanya kepada saya kelak
Shah Jaszle dan Redzwani Puteri telah bertunang pada 8 Disember 2012. Sebelum hubungan tersebut, Shah Jaszle pernah dilanda kontroversi bersama Miera Liyana dan Maria Farida. Apa pun Abang Nara tabik respek kepada Wani kerana masih “Keep Calm and Trust Her Fiance” di dalam keadaan ini. Anda memang awesome!!!