“Saya Macam Tergamam, Isteri Pun Mengaku Curang & Cover Balik Dengan Kata Khilaf” – Izwan Azir Saleh

Hiburan

“Saya Macam Tergamam, Isteri Pun Mengaku Curang & Cover Balik Dengan Kata Khilaf” – Izwan Azir Saleh

Bekas personaliti TV, Izwan Azir Saleh meluahkan rasa kesal di aplikasi X miliknya baru-baru ini di mana dia sebal melihat pasangan suami isteri yang berlaku curang secara terang-terangan.

Tulis Izwan panjang lebar, dia sama sekali tidak bersetuju dengan pendedahan yang dilakukan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah terhadap sikap suaminya, Aliff Aziz yang telah curang dengan ramai wanita.

Advertisement

Saya macam tergamam bila perbuatan curang yang terang-terang berdosa ini diakui begitu saja.Isteri pun mengaku curang, dan cover balik dengan kata ‘khilaf’. Bukan saya nak kata saya ni baik dan maksum tapi keaiban begini sebenarnya tak boleh dicanang-canang. Agama tak suruh dihebohkan semuanya.

Ujarnya lagi, tidak semua selebriti mempunyai ‘attitude’ seperti itu dan lebih ramai yang boleh dijadikan ikutan selain bimbang ia akan dinormalisasikan selepas ini.

Kalau nak list out memang berjela. Tapi tengok sahaja contoh dekat saya, sahabat saya Haiza. No controversy. Paknil, Beto, Tokti just to name few. Malaysia, tolong hadirkan lebih ramai selebriti seperti ini. Keburukan akan padam dan kebaikan akan menang!

Terdahulu, media hiburan digemparkan dengan kisah kecurangan Bella dengan pelakon baru sebelum aktres itu tampil memberi penjelasan tentang apa yang sebenarnya terjadi.

Dakwa Bella, kisah kecurangan itu telah lama berlaku dan dia melakukan perbuatan itu kerana ingin membuatkan Aliff Aziz cemburu selain mendedahkan suaminya sebenarnya telah bermain kayu tiga bersama 11 orang wanita termasuklah adiknya sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella astillah
9 months ago

(VIDEO) Tular Lagu Ciptaan Bapa Bella Astillah, Beri Bayangan Kisah Hidup Anak Dan Aliff Aziz?

z?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...