Pelawak lagenda, Saiful Apek berkongsi pengalaman hidup mengenai kisahnya sebagai anak angkat yang hanya diketahui sehinggalah pada hari kematian ibunya.
Dalam perkongsian di Dol’s Podcast, Saiful,56, status anak angkatnya itu hanya dimaklumkan ketika usianya 21 tahun di saat dia tidak dibenarkan mencium jenazah ibu gara-gara bukan mahram.
Bila saya nak cium (ibu angkat) ada suara bersuara dekat dalam ramai-ramai orang tu cakap tak boleh. Dia macam dalam mimpi bila orang cakap tak boleh.
Ini bukan mahram mereka cakap, saya terkedu dekat situ, mereka cakap saya anak angkat, umur 21 tahun. Tapi saya tak peduli, saya tarik juga saya dium juga.
Setelah diselidik, ibu angkat Saiful Apek telah menjaga dirinya sejak berusia seminggu namun tidak pernah disusukan kerana tidak pernah melahirkan anak.
Dalam umur seminggu ibu angkat saya mula jaga saya. Saya tak pernah disusukan kerana ibu angkat saya ni tak pernah melahirkan kerana dia memang tak boleh melahirkan.
Perkongsian tersebut kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya turut berasa sebak dengan perkongsian Saiful Apek itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.