Ya Allah hebatnya insan bernama Bella Astillah ini. Walaupun sudah 2 kali dicurangi, Bella masih mampu berfikir dengan tenang dan memaafkan mereka yang terlibat di dalam episod hitam terbaru dirinya. Memang ia adalah satu sifat terpuji dan harus dicontohi. Abang Nara tidak dapat membayangkan apa yang sedang dirasai oleh Bella. Betapa hancurnya hati selepas suami yang diberi peluang kedua sekali lagi menghancurkan hatinya. You are a very strong woman Bella. Respek sangat-sangat.
Menerusi akaun Instagramnya, Bella telah menulis panjang lebar tentang apa yang telah terjadi. Bella juga memohon diberi ruang untuk berfikir dan turut mengakui semua manusia ada membuat kesilapan. Tulis Bella:-
Assalammualaikum wbt.
Pertama sekali, berkenaan dengan semua yang berlaku Bella terima dengan hati yang terbuka. Dalam hidup ini,selepas ujian adalah ujian. Itulah lumrah alam. Setiap petunjuk yang kita minta kita harus terima dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah.Dari semasa ke semasa saya terima banyak dm daripada beri kata nasihat, sokongan, dorongan sehinggalah kecaman. Disini saya ingin terangkan, saya bkn secerdik dan sepintar rata rata manusia lain. Saya adalah diri saya. saya juga manusia biasa yang pasti buat kesilapan.
Seandainya ada segelintir dan mana2 pihak yg mengatakan tentang pendapat mereka soal perkongsian saya berkenaan rumahtangga kelmarin adalah salah, mungkin pandangan setiap manusia lain2 termasuklah saya. Semoga ramai menjadikan ini sbg iktibar kerana ada wanita yang takut untuk bersuara. Segala yang baik kita perbaiki jadikan teladan malah yang tidak baik sebagai sempadan. Apa yang saya inginkan buat masa ini adalah ketenangan.
Saya ada bertanya dgn ustaz, sudah semestinya untuk tenang adalah mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. selain itu akan lebih tenang sekiranya kita lebih memikirkan dan berusaha utk mengubah diri berbanding mengubah orang lain. Saya maafkan yg terlibat sbb sy hanya ingin kejujuran. Saya lega bila mendapat tahu kebenaran dan berani bersemuka utk mengaku kesalahan dan meminta maaf. Mmg akan terasa pedih dan terluka.
Kita semua manusia penuh dgn kesilapan, sebagai manusia hanya maaf yg perlu diungkap tak susah. Drpd menegakkan benang yang basah apabila kesalahan secara terang terangan tetapi tidak mengaku, yg membuatkan saya kecewa dan marah sebab saya sahaja yg tahu kebenaran. Ramai yang meminta saya untuk post video, ada juga segelintir mengatakan saya fitnah. Saya tidak akan sesuka hati ikut emosi untuk post tanpa bukti tapi setelah saya fikir adalah lebih baik saya tunjuk kpd keluarga dan yg terlibat sahaja.
Maaf yg tersinggung dengan cara saya berkongsi masalah ini, tetapi setiap manusia ada pelbagai cara utk meluahkan, mengendalikan, kerana apa jua masalah, kita tak boleh ingin org jadi seperti diri kita mahupun jd diri org lain. Skrg saya perlukan masa dan ketenangan utk berbincang dgn ahli keluarga
Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan cara Bella Astillah menangani kontroversi ini kerana menganggap dia membuka aib suaminya, bagi Abang Nara ia adalah langkah yang tepat. Lagipun ini bukanlah kali pertama Aliff Aziz melakukan kesilapan yang sama. Apa pun semoga Bella diberi ketenangan dan mampu membuat keputusan yang terbaik. Cukup-cukuplah hati dilukai. Semoga ada sinar buat Bella.