Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Maafkan Mereka Yang Kutuk Isteri Saya – Hafidz Roshdi

Beberapa hari lepas, Instagram Hafidz Roshdi dipenuhi dengan komen haters yang menghina wajah isterinya Nurul Shuhada.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Hafidz dan isterinya tidak melatah dan menerima segala hinaan dengan penuh kesabaran. Malah, mereka sudah memaafkan sesiapa sahaja yang memberikan komen negatif.

Apa yang penting saya dan isteri bahagia dan bagi mereka yang menghina wajah isteri saya, dia (Nurul Shuhada)  menyampaikan salam dan mengucapkan terima kasih atas hinaan tersebut.

Dia juga tidak terasa hati dan memaafkan siapa yang tidak berpuas hati dengannya, secara tidak langsung perkara ini juga mengajar erti kesabaran kepada kami.

Pada masa yang sama, Hafidz juga mengucapkan terima kasih buat beberapa rakan artis seperti Saharul Ridzwan, Kamal Adli, Emma Maembong dan pengarah Michael Ang yang turut membidas komen-komen biadap netizen.

Saya berterima kasih kepada rakan artis yang prihatin dan cuba membela saya apabila dikutuk oleh pengguna laman sosial. Tidak apalah, mereka yang kutuk itu beri pahala percuma sahaja pada saya dan isteri.

Tenang sahaja Hafidz dan isterinya menepis segala hinaan yang dilemparkan. Kami mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top