“Saya Maafkan Dia, Tapi Ibu Bapa Dan Keluarga Yang Pernah Dianiaya Belum Tentu” – Aisha Retno Pula Bersuara

Hiburan

“Saya Maafkan Dia, Tapi Ibu Bapa Dan Keluarga Yang Pernah Dianiaya Belum Tentu” – Aisha Retno Pula Bersuara

Sebelum ini, penganjur konsert Aisha Retno, Kharisma Music International tampil menafikan dakwaan pihak mereka mengambil keputusan terburu-buru dalam pembatalan konsert sulung penyanyi itu.

1 month ago

Yuka Kharisma Tuntut Aisyah Retno Bayar Semula RM77,000

Advertisement

Susulan daripada itu, penyanyi Aisha Retno tampil memuat naik satu hantaran di Instagram Story berhubung konflik di antara dia dan juga penganjur konsert tersebut.

Kata Aisha, dia menerima banyak mesej daripada peguam yang mahu membantunya dalam isu pembatalan konsert tersebut namun memilih untuk fokus akan karier seni dan lagu terbaru yang akan diterbitkan pada bulan Disember ini.

Tambahnya lagi, segala bukti akan didedahkan tidak lama lagi bagi mencari keadilan.

Komen Aisha retno

Saya doakan yang terbaik untuk dia dan semua konsert yang berjaya dia lakukan. Saya harap dia menjadi seorang penyanyi yang berjaya dan tidak perlu menumpang populariti dan bakat orang lain untuk mengadakan konsert nanti.

Paling penting saya harap dia tahu mengenai undang-undang komunikasi sebelum melulu membuat keputusan tanpa memberitahu produk. Semoga yang baik-baik untuk beliau.

Penyanyi itu juga berkata dia sudah memaafkan individu tersebut dan berterima kasih kepada Allah di atas nikmat dan juga cabaran yang dihadapinya itu.

Saya maafkan dia, sebab saya tahu dia seorang manusia yang baik. Tapi saya tak tahu sama ada ibu bapa dan keluarga saya akan maafkan dia. Hanya padang mahsyar yang boleh menjawab. Terima kasih Allah atas nikmat dan cabaran ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...