Meskipun agak lama mendiamkan diri dan menyepi dalam dunia lakonan, Abby Abadi masih aktif di media sosial di mana dia selalu mengemaskini aktiviti hariannya bersama keluarga untuk tatapan peminat.
Baru-baru ini, pelakon filem Pasrah itu ada memuat naik satu video di TikTok yang menafikan dirinya merupakan pentaksub Perdana Menteri ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ujar Abby, dia sebenarnya sudah mengikuti perjuangan figura politik itu sejak tahun 1998 lagi.
Pentaksub DSAI? Ohhh tidak! Saya melihat kebenaran ini seawal 1988 lagi.
Saya cuma tiada kekuatan untuk berada dekat dengan perjuangan DSAI dan keluarga PKR. Apa apapun sentiasa bersama tak pernah berpaling ya, walau nampak macam tak pernah dekat sebab segan tapi sentiasa di hati.
Dia dalam pada itu turut mendoakan agar Perdana Menteri sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan terus membawa pembaharuan kepada negara.
View this post on Instagram
Terdahulu, Abby Abadi pernah memaklumkan bahawa dia telah menjadi ahli parti PAS seumur hidup setelah menyerahkan borang keahlian kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun 2012.
Dia kemudian menyertai Parti Amanah Negara pada tahun 2017 dan mendakwa dirinya diserang oleh pengikut Pas akibat keputusan berubah parti politik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada aputan di bawah.