Saya Letih Sering Diajukan Soalan Mengenai Kisah Peribadi – Zul Ariffin

Hiburan

Saya Letih Sering Diajukan Soalan Mengenai Kisah Peribadi – Zul Ariffin

Tidak pernah bercerita mengenai kisah percintaannya dengan pelakon cantik Zahirah Macwilson membuatkan pelakon Zul Ariffin sering diajukan persoalan tentang status hubungan mereka.

Advertisement

Meskipun ada khabar mengatakan mereka sudah berpisah, Zul tetap mengunci mulut daripada memberikan sebarang komen mengenainya.

Zul memberitahu beliau tidak mahu mengulas mengenai kisah peribadinya kerana ia akan memberikan kesan negatif terhadap kariernya.

Maaf, saya tidak akan buka mulut soal peribadi. Bukan mengada-ngada atau mahu berahsia, tetapi bagi saya kisah peribadi hanya akan buat kerjaya saya jadi sukar. Lagipun saya sudah letih apabila sering diajukan pertanyaan mengenai kisah peribadi sejak dua tahun lalu. Cukup-cukuplah saya dihimpit pelbagai kontroversi.

Apapun yang berlaku di antara kami, saya tetap dengan pendirian untuk mengunci mulut. Saya tidak kisah dengan apa sahaja andaian orang. Fokus saya kini hanyalah pada kerjaya dan akan berusaha melakukan yang terbaik.

Pada masa yang sama, Zul meluahkan beliau sebenarnya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga tetapi menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

Sebenarnya tidak salah untuk peminat mengetahui kisah peribadi artis. Mereka juga mahu mendoakan yang terbaik buat Zul dan Zahirah . Apa-apa pun, harapnya mereka baik-baik sahaja dan khabar angin berpisah itu tidak benar. Doakan juga agar hasrat Zul untuk berkahwin akan termakbul satu hari nanti.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...