“Saya Letih, Saya Rindu Isteri Dan Anak” – Zainal Rashid Ahmad Jelaskan Mengapa Pulang Secara Senyap Selepas Misi Global Sumud Flotilla

Kehidupan

“Saya Letih, Saya Rindu Isteri Dan Anak” – Zainal Rashid Ahmad Jelaskan Mengapa Pulang Secara Senyap Selepas Misi Global Sumud Flotilla

Nama Zainal Rashid Ahmad (ZRA) bukan asing dalam dunia kemanusiaan dan media Malaysia. Lelaki berjiwa besar ini sudah lebih sedekad mengabdikan diri dalam pelbagai misi bantuan antarabangsa dari bumi Palestin hingga Syria, menjadikan beliau antara wajah paling dihormati dalam kerja kemanusiaan negara.

Untuk rekod, ZRA merupakan pengamal media pertama yang berjaya menyelinap masuk ke Israel dan Palestin bagi merakam dokumentari tentang keadaan umat Islam di sana pada tahun 2005 dan 2008  sesuatu yang amat jarang dilakukan oleh wartawan Malaysia.

Advertisement

Ketika ramai menantikan kemunculannya di tengah-tengah barisan pejuang, ZRA memilih untuk pulang secara senyap melalui pintu belakang. Malah, beliau juga tidak kelihatan di majlis penghargaan di Axiata Arena, yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu temu bual eksklusif bersama TV3, ZRA akhirnya membuka cerita sebenar  dan pengakuannya cukup menyentuh hati.

Saya letih sebab dah 37 hari. Kemudian saya rindu dengan isteri saya. Sebab saya selalu travel, tapi tak pernah selama ini. Yang kedua, anak perempuan saya saya tinggalkan di Greece kerana dia mengalami dehydrasi.

Bagi ZRA, kepulangannya bukan sekadar menyentuh tanah air, tetapi juga membawa pulang beban emosi yang berat selepas berminggu-minggu menyaksikan penderitaan rakyat Gaza.

Saya tak boleh ‘face public’ ketika isteri, anak dalam ingatan saya. Sebab itu saya minta tolong beberapa kawan, sehingga saya keluar melalui pintu belakang,

Dalam nada rendah diri, beliau turut menitipkan pesanan penuh makna kepada generasi baharu aktivis kemanusiaan.

Saya fikir dalam usia saya 58 tahun, tinggallah ruang kepada aktivis muda. Mereka patut menikmatinya, supaya jadi semangat untuk buat lagi dan buat lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-09 13:12:53

"Dia Memang Tak Sensitif Ke?" - Individu Persoal 'Jenaka' Nabila Ahmad Berkaitan GSF Di Konti Radio

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Sinar Plus

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...