“Saya Lembut Macam Taufu…” – Sophia Albarakbah Dedah Sifat Sebenar Sejak Kecil, Lemah Lembut Semulajadi

Hiburan

“Saya Lembut Macam Taufu…” – Sophia Albarakbah Dedah Sifat Sebenar Sejak Kecil, Lemah Lembut Semulajadi

Pelakon jelita, Sophia Albarakbah, 32, mengakui sifat lemah lembut yang dimilikinya adalah semula jadi dan bukannya dibuat-buat. Malah, ketika zaman sekolah dahulu, dirinya pernah disamakan dengan ‘taufu’ kerana terlalu lembut.

Memetik laporan Harian Metro, Sophia menjelaskan bahawa dia merupakan seorang yang agak pemalu sejak kecil dan bersifat introvert.

Advertisement

Saya anak nombor dua daripada empat beradik perempuan. Dari kecil dulu, saya tak bersuara langsung. Orang tanya nama, saya diam.

Saya ‘introvert’ dan takut orang. Tapi kakak saya berbeza pula, tegas dan berani. Apapun, bila dah makin besar dan terbabit dalam industri ini (seni) takkan sampai bila nak macam itu.

Tapi kadang-kadang tak ada orang yang saya kenal, macam itulah. Bagaimanapun saya bukan sombong sebab kalau orang tegur, saya akan jawab.

Dalam pada itu, Sophia turut berkongsi pengalaman sewaktu sesi temuduga untuk menjadi pengawas sekolah. Ketika itu, ibunya berharap semua anak perempuan dapat mengikut jejak langkah kakaknya yang sudah pun menjadi pengawas.

Saya ingat masa itu, kakak saya seorang pengawas dan mommy saya pula memang nak semua anaknya jadi pengawas. Kakak saya pun beritahu kepada cikgu.

Tapi saya taknak pun (jadi pengawas). Namun selepas pergi ‘interview’ pengawas itu, kakak saya balik rumah beritahu mommy saya tidak diterima.

Kakak saya cakap pada mommy, cikgu beritahu dia yang saya lembut macam ‘taufu’, tak boleh jadi pengawas. Suara pun tak boleh dengar.

Walaupun pengalaman itu sedikit mengecewakan pada waktu tersebut, Sophia memilih untuk mengambilnya dari sudut positif. Baginya, itu adalah salah satu usaha terbaik untuk memenuhi impian ibunya ketika itu.

Terbaru, Sophia Albarakbah turut mencatat pencapaian manis apabila dinobatkan sebagai Selebriti Feminin Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-08-16 15:39:16

“Saya Akan Baling Kerusi Ke Kepala Anak…” – Komen Azhar Sulaiman Undang Kecaman Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...