Video dimuat naik pengacara Uyaina Arshad baru-baru ini meraih perhatian serta pujian ramai selepas dia mengajar dan mengingatkan warga Malaysia yang menyokong Israel atau bersikap neutral.
Menerusi video tersebut, Uyaina menyuruh masyarakat untuk mengimbau kembali berapa banyak nyawa terkorban akibat pemberontakan menentang penjajah.
Situasi tersebut disamakan dengan apa yang berlaku terhadap Palestin di mana dalam konflik ini Israel adalah penjajah dan perkara itu diulang Uyaina berkali-kali.
Sekarang ni, Israel tu adalah penjajah. Sama seperti negara yang dijajah, kita nak kemerdekaan, kita nak kebebasan. Begitu jugalah dengan Palestin.
View this post on Instagram
Sementara itu, seorang individu warga Indonesia dilihat meninggalkan komen di Instagram Uyaina dan bercakap tentang kemerdekaan Malaysia.
Individu tersebut berkata negara kita merdeka kerana ‘pemberian’ bukan kerana perang dan turut menyatakan bahawa Hamas dan Israel perlu berdamai.
Namun, apa yang dibalas semula oleh Uyaina terhadap warga Indonesia tersebut meraih pujian dan membuatkan warganet berasa puas hati.
Darah prajurit tanah airku yang pernah gugur jangan kau diamkan. Jangan ajar tentang sejarah negaraku sebagaimana aku tidak pernah mengajar kamu tentang sejarah negaramu.
Menerusi Twitter, warganet memuji kebijaksanaan Uyaina dan turut melabelnya ‘beauty with brain’ kerana setiap kata-kata yang keluar daripadanya memang berpandukan ilmu di dada.
YOU NAILED IT @UyainaArshad entah siapa2 (jiran sebelah) dok PALATAUUU pic.twitter.com/8QQaI5zVdE
— AF (@aixffir) November 5, 2023
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.