July 16th, 2020

Mendedahkan dirinya memilih untuk merujuk dengan individu yang lebih selesa iaitu Ustaz Ebit Lew untuk membimbingnya, usahwan kosmetik sensasi, Safiey Illias menyatakan beliau tidak mempunyai sebab yang jelas untuk bertemu dengan Pencetus Ummah (PU) kerana merasakan ini sekadar untuk pemasaran.

safiey illias lebih selesa bertemu ustaz ebit lew

Menurut Safiey yang mempunyai kenalan dari pejabat agama, niatnya bukan mahu berlagak, namun memilih untuk tidak mahu melibatkan orang ramai dengan masalah yang menimpa dirinya.

“Saya tahu dengan siapa yang perlu dirujuk dalam hal ini. Saya lebih selesa dengan Ustaz Ebit Lew. Saya ada nombor dia untuk dihubungi. Saya tak perlu cari PU ini, atas sebab apa? Semua ini sekadar pemasaran saja.”

Katanya, di laman Instagram sudah terpapar nombor untuk dihubungi, namun PU tersebut seakan tidak boleh menghubunginya secara peribadi dan mempersoalkan adakah individu terbabit hanya tahu mengemaskini status semata.

safiey illias lebih selesa bertemu ustaz ebit lew

Bahkan, pelantun lagu Syinta Gila itu juga turut akui suka dengan cara Ustaz Ebit dalam menyampaikan dakwah kerana memilih untuk tidak mengulas isu terbabit di platform miliknya.

safiey illias lebih selesa bertemu ustaz ebit lew

“Rasa geram tu ada tapi tak mengapa, saya boleh terima. Kalau tengok Ustaz Ebit Lew dia tak pernah sentuh bab ini. Dia diam saja, tak ada buat pendedahan macam ni. Tahu-tahu dia dah jumpa orang tu.”

Terdahulu Safiey menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan mana-mana pendakwah yang berniat untuk membimbingnya. Malah, beliau juga dijemput oleh PU Syed untuk bersemuka bersama Nur Sajat di Ipoh, Perak.

Sumber: Gempak


7 responses to ““Saya Lebih Selesa Dengan Ustaz Ebit Lew” – Safiey Illias Tak Mahu Jumpa Mana-Mana PU”

  1. Suhaimah58 says:

    bukan x pernah ustaz ebit lew dtg kat dia nasihatkan ..menangis pun safiey pernah tapi tulah x juga berubah .. zaman nabi dulu pun bukan semua yg berlembut dlm dakwah .. sahabat2 nabi sendiri pun ada peranan masing2, ada yg lembut ad ayg tegas .. yg paling penting ko nak berubah ke x, tu je

  2. Anonymous says:

    Ada apa sangtla dgn PU – tinggi ke pengetahuan agama PU. Siap ada yang gelarkan diri sendiri ustaz. Murah sangat gelaran ustaz sekarang ni…
    Yang kawin cerai isteri tengah sarat tu…PU jugak kan, kan…

  3. Anonymous says:

    Bagus, xyah buang masa bertelagah kat Instagram ke apa. Pi terus jumpa Ustaz ebit Lew. X usah tunggu dia datang. Duit minyak tol mesti cukup punya. Tinggal hang nak usaha kan je. Moga usaha btoi2 & x sembang

  4. Anonymous says:

    betul. pu lain semua mcm over je. sikit2 surat terbuka. macam la takleh contact orang tu terus. saja nak publisiti

    • YgRendah says:

      Setuju, lain kali tak perlu tanya pasal masalah apa dengan PU atau influencer2 ke apa. Terus je tanya pada Allah mintak hidayah. Bukak la kitab2 untuk cari jawapan. Tak pun jumpa la tokoh2 ulama yang berilmu. Kalau tak faham, terus cari sampai faham.
      Hidayah is ours to look for too. Not for someone to give only.

  5. Anonymous says:

    mmg betul Ustaz Ebit Lew mmg terbaik , kalau dalam kemurungan keresahan permasalahan lebih baik cari Ustaz Ebit Lew sbb dia bijak ‘handle’ . bukan la ustaz lain tak baguih pun cuma Ustaz Ebit Lew pandai tackle masalah .

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...