Pelakon yang namanya semakin meningkat naik, Scha Elinnea menggesa peminat agar menilai dirinya berdasarkan bakat lakonan dan bukannya imej seksi yang menjadi daya tarikannya selama ini.
Ujar Scha atau nama sebenarnya Natasha Mohamaed Mubeen, dia kini sedang bertungkus lumus membuktikan kebolehannya dalam bidang lakonan dan turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia hanya menjual wajah an tubuh seksi semata-mata.
Jelasnya lagi, imej seksi yang dibawa selama ini hanyalah lebih kepada gaya hidup dan fesyen semata-mata.
Pada usia sekarang, saya selesa bergaya sebegitu. Mungkin lepas ini naati, siapa tahu saya akan berubah gaya seiring dengan peningkatan usia kelak.
Tambah pelakon kelahiran negeri serambi mekah ini lagi, setiap hari yang mendatang merupakan episod baru dalam hidupnya dan dia menyifatkan ianya sebagai cabaran baru buat dirinya sebagai seorang pelakon.
Watak antagonis pun saya akan cuba hidupkan. Bagi saya setiap hari akan jadi hari untuk saya eksperimen dan menguji diri sendiri.
Perkembangan terbaru, pelakon berusia 21 tahun ini sedang menjalani penggambaran drama Dayang Senandung terbitan Zeel Production dan Cinta Yang Pulang karya Suhan Movies.
Terdahulu, Scha pernah memadam beberapa keping foto seksinya di Instagram dan meluahkan hasrat untuk berubah namun nampaknya impian pelakon wanita itu hanyalah sia-sia kerana dia dilihat masih aktif memuat naik semula gambar seksinya itu di media sosial.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.