Saya Lebih Rela Kahwin Dengan Duda – Ruhainies

Hiburan

Saya Lebih Rela Kahwin Dengan Duda – Ruhainies

Meskipun belum setahun jagung didalam industri hiburan tempatan, Ruhainies telah dihimpit dengan pelbagai kontroversi. Tentu sekali yang menarik perhatian ramai apabila beliau dikaitkan dengan suami Adira baru-baru ini.

Advertisement

Ruhainies akui sehingga kini beliau masih lagi terkesan dengan isu bersama Dato Red dan kini lebih berhati-hati jika ingin keluar berjumpa dengan mana-mana lelaki atas urusan kerja.

Pada masa yang sama, Ruhainies memberitahu beliau sebenarnya masih lagi belum berpunya dan jika beliau ingin berkahwin beliau tidak mahu menjadi perampas dan merosakkan rumah tangga orang lain.

Kalau saya ada teman lelaki pun statusnya bukan suami orang. Saya tidak mahu ambil hak orang, tapi kalau berstatus duda, saya boleh terima.

Bagaimanapun, orang itu bergelar duda bukanlah sebab bercerai kerana mahu berkahwin dengan saya. Maksud saya, sewaktu kenal itu memang sudah berstatus duda. Itu saya boleh pertimbangkan.

Namun, buat masa ini Ruhainies masih belum bersedia untuk berkahwin dan ingin memberikan seratus peratus tumpuan kepada kerjayanya dahulu.

Jika saya ada (seseorang yang istimewa), saya tidak akan sorok. Tak mahu berahsia. Buat masa ini, saya belum terfikir untuk ke arah itu. Lagipun, saya masih solo.

Buat masa ini, saya mahu tumpukan pada kerjaya saya. Saya mahu capai apa yang saya mahu dulu. Fokus kerja dan kumpul duit.

Sebagai pelakon baru, biarlah orang kenali anda kerana kerjaya anda dan bukannya kontroversi. Apa-apa pun, Ruhainies perlu bijak untuk mengatur langkahnya agar dapat berada didalam industri lakonan dan menarik lagi perhatian ramai.

Sumber Berita : Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...