“Saya Layan Anak Buah Macam Keluarga” – Tular Video Cemuh Anggota Polis, Ini Penjelasan Inspektor Sheila

Hiburan

“Saya Layan Anak Buah Macam Keluarga” – Tular Video Cemuh Anggota Polis, Ini Penjelasan Inspektor Sheila

Selepas tular video mempamerkan dirinya menengking dan merendah-rendahkan anggota polis di Taman Sri Gombak, Inspektor Sheila tampil menjelaskan perkara itu.

Katanya, video yang tular di semua platform media sosial itu tidak menceritakan apa sebenarnya yang berlaku dan dia yang dari Bukit Aman telah ke sana kerana ada kes serta isu yang perlu diselesaikan.

Advertisement

Tambahnya, dia juga ada memanggil anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk datang ke lokasi menghulurkan bantuan.

Selepas itu, ada seorang peguam turut memanggil anggota dari IPD sama, jadi ada dua motosikal daripada unit rondaan bermotosikal (URB). Secara tiba-tiba, seorang anggota polis dikenali sebagai Lans Koperal Arif datang dan sergah ketika perbincangan sedang berlangsung….”

…. Ramai tidak tahu cerita sepenuhnya, kalau nak tahu perangai saya dengan anak buah macam mana, saya memang layan mereka seperti keluarga.”

pegawai tengking polis

 

Tak tanya apa apa, tiba tiba minta kad kuasa

Kata Sheila, anggota yang ditengkingnya di dalam video itu langsung tidak bertanya tentang urusan yang berlaku dan mencetuskan kekecohan.

Anggota tersebut juga didakwa memintanya untuk diam namun tidak bertanya Sheila dari mana dan apakah urusannya di situ.

Kemudian cara dia minta kad kuasa di hadapan orang awam amat mengguris bila dia minta saya bagi kad pengenalan sebagai bukti saya pegawai polis….

……Kalau dia minta secara berhemah, saya pasti akan bagi kerjasama, cara dia itu tak betul dengan saya, cara cakap, saya pun tidak terdetik nak ambil (rakam) video ketika itu.”

sheila kecoh parkir

Terdahulu, sebanyak tiga video tular di media sosial mempamerkan Sheila mencemuh dan merendah-rendahkan pangkat anggota polis bawahan.

Salah satu daripada video tersebut pula menunjukkan dia bergaduh mulut dan melakukan provokasi terhadap orang awam di kawasan parkir.

inspektor sheila
11 months ago

"Lans Koperal Kan? Jangan Bagi Saya Arahan" - Kali Ketiga Inspektor Sheila Buat Hal, Padahal Baru Lepas Diikat Jamin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...