Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu, mengakui bahawa keputusan untuk bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Sufian Che Isa, bukanlah sesuatu yang mudah.
Dalam satu temu bual bersama OhBulan!, Mas Idayu atau nama penuhnya Mas Idayu Mesnun berkata dia telah mendapatkan nasihat daripada pihak agama sebelum membuat keputusan untuk berpisah.
Dua tahun saya bertahan dan saya sayangkan perkahwinan ini tapi saya rujuk kepada kadi yang nikahkan saya, ustaz serta mutawif dan saya layak bukan suka-suka.
Saya solat istikarah setiap malam untuk minta petunjuk malah sejak bulan Rejab saya sentiasa bersujud meminta petunjuk Allah.
Penyanyi berusia 53 tahun itu memberitahu dia telah memfailkan perceraian di mahkamah tanpa pengetahuan suaminya, Sufian.
Namun begitu, Mas Idayu menegaskan bahawa dia tidak merahsiakan kehadirannya di mahkamah daripada sesiapa.
Saya tuntut cerai tak sorok-sorok tapi tak cerita pada orang, tapi Allah membantu lindungi aib penceraian saya. Saya juga tak rahsiakan kedatangan saya ke mahkamah.
Sebelum ini, Sufian yang juga merupakan Penerbit Eksekutif TV3 mengesahkan bahawa mereka sudah berpisah pada 4 Mac lalu.
Untuk rekod, Mas Idayu dan Sufian berkahwin pada September 2022. Mereka dikatakan mula mengenali antara satu sama lain sejak program Mentor 3 pada tahun 2008 dan semakin rapat sejak tahun 2021.
Manakala Mas Idayu pula pernah berkahwin dengan aktor Aman Graseka pada tahun 1997 dan bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Dayini Asyiqa, kini berumur 27 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.