Semalam, suami kepada penyanyi dan pelakon Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz berkata dia sudah melafazkan cerai melalui WhatsApp dan tindakannya itu hanya memenuhi permintaan isterinya.
Namun, Lufya memberitahu dia langsung tidak mengetahui suaminya itu sudah melafazkan cerai melalui aplikasi tersebut seperti yang didakwa. Lufya redha dan menerima ketentuan takdir sekiranya perceraian adalah jalan terbaik buat mereka berdua tetapi biarlah ikatan perkahwinan diakhiri dengan cara yang baik.
Saya terima ketentuan-Nya jika suami mahu menceraikan saya, tetapi biarlah menerusi saluran betul dan melakukannya sebagai lelaki budiman. Jika dia mengambil saya dengan cara baik, maka pulangkan dengan cara yang sama. Jangan cakap dia sudah melafazkan cerai menerusi WhatsApp.
Saya langsung tak terima lafaz cerai seperti didakwanya dilakukan terhadap saya menerusi WhatsApp. Kalau dia ada memfailkan perceraian, saya pasti ada menerima dokumen berkaitan.
Lufya berharap suaminya itu menunjukkan sikap bertanggungjawab dan melakukan cara yang betul untuk proses bercerai.
Terdahulu, krisis rumah tangga mereka mula hangat diperkatakan dan menjadi perhatian ramai selepas Lufya menerusi akaun Instagramnya mendedahkan dia telah mengalami kemurungan selepas berkahwin. Lufya turut mendedahkan Dr Che Hafiz tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan pernah melakukan penganiayaan yang disifatkan sebagai ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.

Aku Kecewa
September 18, 2019 at 3:43 pm
hinanya kau buat dgn bekas isteri…aduhaiii… takda perasaan langsung kau
Aida Musa
September 18, 2019 at 12:59 pm
Dia sudah keluarkan kenyataan kepada umum dalam keadaan sedar bahawa dia dah ceraikan kau melalui whatsap lufya. Walaupun kau rasa tidak terima atau tidak jelas dengan kenyataan dia, bawa sajalah kes ke court. Lelaki memang akan tunggu perempuan ‘buat kerja’. Means dia tunggu kau fail kes atau ambil tindakan lanjut. I feel sorry for u, but be strong.
Hahahaahs
September 18, 2019 at 2:41 pm
She is still in denial babe. Amik mase baru sedar kenyataan.
Microphone Pendek
September 18, 2019 at 12:59 pm
entahlah lelaki skrg, lebih2 lagi melayu ni… penuh kepalsuan… acah2 suci… teda manner dlm hidupka? rata2 mcm tu…x respek ikrar semasa kawen pun…
Anonymous
September 18, 2019 at 12:40 pm
tak boleh kah meluahkan kepada pejabat agama nak juga di socmed?
lepas tu salahkan netizen? retis2 macam ni lah cari sokongan mcm rita rudaini
anonymous
September 18, 2019 at 11:00 am
foto suami memakai tshrt merah tu …dari renungan mata dan air mukanya sudah menunjukkan suami lufya macam terpaksa dan tak rela sepenuhnya utk perkahwinan mereka,elok bercerai saja sebab keduanya masih muda,pasti akan bertemu jodoh yang lebih baik dan ikhlas.
huhu
September 18, 2019 at 11:59 am
kau ahlil nujum ke..boleh speku mata orang..