Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Kurus Kerana Terlalu Bahagia – Juliana Evans

Lama tidak mendengar perkembangan terbaru tentang pelakon Che Puan Juliana Evans, ada peminat mula risau kenapa beliau kelihatan terlalu kurus? Ada apa-apa ke?

Advertisement

Menurut Juliana beliau terlalu kurus bukan disebabkan masalah mahupun sedang bersedih tetapi kerana terlalu bahagia. Bukan itu sahaja, beliau juga kini mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Kalau orang lain kurus, mungkin disebabkan ada masalah atau bersedih, tetapi saya kurus kerana terlalu bahagia. Syukur, hampir dua tahun bergelar isteri, saya kini makin selesa membuat kerja rumah seperti mengemas dan memasak untuk suami setiap hari.

Walaupun suka memasak tetapi saya tetap utamakan menjaga kesihatan iaitu mengawal pemakanan harian termasuk sentiasa bersenam. Apatah lagi, memang saya nak kurus seperti sekarang dengan berat badan sekitar 47 atau 48 kilogram (kg) saja. Kalau dulu, saya kelihatan agak berisi.

Berbicara soal zuriat pula, Juliana dan suami, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman sudah bersedia untuk menimang cahaya dan menyerahkan soal rezeki kepada ketentuan Allah SWT.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 Comments

  1. anon

    January 31, 2019 at 9:00 am

    aku tak kisah lah dia nak kurus ke dia nak gemuk ke
    bahagia ke tak ke
    yang aku nak tanya ..MMG KALAU KURUS MMG PERLU PAKAI BAJU MACAM TAK CUKUP KAIN KE APA EHHHH ?
    muahakakakakakka

    • juliana banos

      January 31, 2019 at 12:56 pm

      tu salah satu sebab kenapa perlu kurus..

  2. Obes kitty

    January 30, 2019 at 10:58 pm

    Mungkin mksud dia pmikiran org dulu dulu kata gemok itu bahagia..belum lg move on sehingga kini.

  3. Zarina Zainoordin

    January 30, 2019 at 7:40 pm

    INGATKAN SAYA RUPA-RUPANYA JULIANA EVANS..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top