Kadang kala video yang tular memaparkan kehidupan orang susah dapat membuka mata dan membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki.
Tular satu rakaman video dimuat naik oleh Storie di TikTok memaparkan seorang lelaki dalam keadaan tempang sedang berjalan kaki menggunakan satu tongkat.
Lelaki berkenaan yang memakai baju kuning dan berseluar hitam turut menggunakan plastik untuk melindungi kepalanya daripada hujan.
Jalan kaki dalam hujan, tiada yang berhenti untuk tumpangkan
Menerusi rakaman itu, lelaki berkenaan berkata dia sedang berjalan kaki dari rumahnya untuk ke kedai membeli makanan dan sepanjang perjalanan itu, tiada yang memberhentikan kenderaan untuk menawarkan bantuan menumpangkannya.
Selepas dipelawa, lelaki bernama Jefree tersebut bagaimanapun menolak pelawaan menaiki kereta untuk membeli makanan dan menghantarnya pulang ke rumah kerana bimbang dia kana mengotorkan kenderaan.
Tak apalah abang, saya kotor… nanti kereta abang kotor.
Namun, individu ini tetap berkeras mahu membantu dan Jefree kemudian bersetuju dan berterima kasih kepadanya. Ketika di dalam perjalanan juga dia sempat menceritakan tentang hidupnya.
Kata Jefree, dia tinggal sendirian selepas ibu bapa meninggal dunia dan kehilangan kaki kirinya akibat kebakaran yang memusnahkan rumah keluarganya.
Video itu turut memaparkan keadaan rumahnya yang kosong tanpa apa-apa perabot dan gelap memandangkan dia tiada pendapatan untuk membayar bil elektrik.
@storie.my A simple meal is all he lives for today , Storie of Jefree #storiemy #Malaysia ♬ original sound – Storie
Dia susah tapi tak susahkan orang lain
Menjengah ruangan komen, ramai netizen sebak melihat kesusahan hidup Jefree dan berterima kasih kepada individu yang merakamkan video itu kerana sanggup membantunya.
Ramai yang turut memuji Jefree kerana meskipun hidup susah dan kurang upaya tetapi dia tetap bersyukur dan tidak meminta-minta daripada orang lain.
Dia susah tapi tak susahkan orang lain. Dia usaha sendiri selagi boleh.
Sementara itu, pendakwah terkenal Ebit Lew dilihat turut memberikan komen mendoakan agar Jefree sentiasa sihat dan ramai berharap agar dia dapat membantu lelaki berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.