Pelakon Uqasha Senrose menyatakan rasa kecewa apabila ada sesetengah dari netizen yang mendakwa dirinya dan adik-beradik yang lain sukar untuk mendapat zuriat. Kata Uqasha, dia hairan mengapa terlalu ramai yang sibuk dengan perancangan keluarganya.
Sibuk hal peribadi
Menurut aktres ini, dia tidak setuju dengan tindakan orang ramai yang taksub dengan kehidupan peribadinya dan keluarga. Bagi Uqasha, masing-masing dalam keluarganya ada perancangan tersendiri.
Saya sendiri pun bila dapat tahu sedang hamil, tidak terus hebahkan kepada orang luar sebab tak nak stress.
Soal jodoh, ajal, maut dan rezeki ini pada Allah yang sudah aturkan apa yang terbaik untuk kita semua.
View this post on Instagram
Tiada niat menunjuk
Bukan itu sahaja, isteri kepada aktor Kamal Adli ini turut berkata bahawa keputusan dirinya untuk mendedahkan berita tentang kehamilannya itu adalah kerana ingin menjawab soalan netizen dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.
Sebelum ini boleh katakan setiap hari orang tanya adakah saya hamil, tapi saya diam saja.
Cuma pada fasa sekarang saya sedia untuk kongsikan berita ini supaya orang dah tak tanya lagi.
Pada Ahad lalu, aktres ini telah berkongsi berita gembira bahawa dirinya sedang sarat hamil anak pertama dan dijangka akan bersalin pada tahun ini.