Sedia maklum, perkongsiaan isteri pelakon sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berkenaan diri sudah hamil 10 minggu sememangnya membuatkan ramai pihak berasa terkejut.
Sedar menerima pelbagai reaksi daripada kalangan netizen, Shuhada tampil berkata bahawa perkongsiaannya itu untuk mengelak fitnah.
Sewaktu dihubungi oleh pihak Hari Metro, Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu yakin keputusannya itu adalah matang dan rakyat Malaysia boleh menilai sendiri dan usia kandungannya.
View this post on Instagram
Saya menjalankan tanggungjawab wajib sebagai isteri walaupun hati sedang bersedih dan kecewa tambahan lagi kami tinggal sebumbung lagi ketika itu.
Dalam pada itu, Shu berkata ketika ini fokusnya adalah untuk meneruskan hidup walaupun pelbagai dugaan serta ujian yang perlu dihadapi.
Sekadar info, konflik rumah tangga Hafidz Roshdi dan Shuhada masih belum menemui noktah apabila kes tuntutan pengesahan lafaz cerai yang dibuat oleh pelakon itu ditangguhkan selepas Aidilfitri.