October 12th, 2015

Baru-baru ini Nubhan ada kongsikan foto sewaktu percutian bulan madu beliau bersama isteri di Eropah dengan peminatnya di Instagram. Ada yang memuji sisi manja dan romantis beliau dan Afifah Hidayah namun ada juga segelintir pihak yang Nubhan hanya ingin menunjuk-nunjuk.

Walaubagaimanapun, Nubhan menjelaskan beliau sama sekali tidak mempunyai niat tersebut dan hanya ingin berkongsi detik manis mereka sahaja.

Saya rasa perkara itu normal dilakukan oleh orang lain juga ketika berada di luar negara, malah yang duduk Malaysia pun banyak ambil gambar dan muat naik di laman sosial, inikan pula kalau kita pergi ke negara lain.

Saya teralu teruja sebab itu saya kongsi kenangan manis yang saya lalui itu di laman sosial. Lagi pula itulah tujuan laman sosial diwujudkan.

Malah, Nubhan rasa ia bukan satu kesalahan yang besar untuk memuat naik foto seperti itu di laman sosial kerana ia hanya gambar biasa dan tidak menunjukkan sebarang aksi yang melampau seperti bercium dan lain-lain.

Gambar saya bersama isteri yang dimuat naik adalah gambar biasa sahaja, kalau gambar peluk pun tidaklah ia keterlaluan. Lainlah kalau gambar tersebut gambar bercium atau isteri saya berpakaian seksi yang benar-benar menyentuh sensitiviti.

Menurut Nubhan beliau juga terasa dengan kejatuhan ringgit Malaysia dan terpaksa menghabiskan lebih daripada RM30,000 sebagai kos perbelanjaan ketika melawat beberapa negara iaitu Amsterdam, Brussels dan Paris.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...