Written by Bella | November 29th, 2017

Ketika penyanyi Elyana Emrizal mengumumkan beliau merupakan pejuang kanser Limfoma tahap 4, seluruh peminat merasa terkejut dan sedih mendengar berita tersebut. Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah netizen yang mempertikaikan tindakan Elyana yang mengumumkan perkara tersebut apabila tersingkir dari Gegar Vaganza 2014. Mereka berkata Elyana cuma mahu meraih simpati ramai.

Kalau saya ingin menagih simpati, dari awal dulu saya melakukannya. Ketika itu saya susah, tidak ada duit untuk membeli ubat dan susu anak. Tapi saya tidak pernah berkongsi semua masalah itu dengan sesiapa termasuk ibu bapa dan adik-beradik. Sudah menjadi prinsip hidup saya tidak suka menyusahkan orang. Saya mahu orang melihat saya sebagaimana diri saya yang sihat, degil, ceria, tiada masalah dan suka berjenaka.

Elyana bersyukur kerana orang ramai bukan sahaja mendoakan beliau tetapi memberikan kata-kata semangat untuk beliau melawan penyakitnya itu. Malah, Elyana juga tidak sangka apabila ada yang menjadikannya sebagai sumber inspirasi.

Pesakit kanser ini tidak boleh tertekan, jadi kami harap tiadalah pihak yang ingin mempertikaikan lagi keputusan Elyana untuk mengumumkan berita tentang sakitnya itu. Janganlah juga memberikan komen negatif. Seeloknya kita terus berikan kata-kata semangat dan mendoakan beliau. Bukan mudah untuk melawan penyakit kanser.

Sumber Berita : Harian Metro

12 responses to Saya Kongsi Berita Sakit Kanser Limfoma Bukan Untuk Raih Simpati – Elyana

  1. damai says:

    Kalau nak raih simpati dari mula masuk GV4 lagi. Dia nak masuk ke final dgn kemampuaan dia bukan nak raih simpati. Dah terkeluar, so just announce aja lah cos mungkin dia lepas keluar GV4 nanti ada undangan kalau dia tolak organiser dah faham apa, bengang punya netizen. Sgh org yg sakit cancer mmg x suka menyusahkan org lain.

    30

    0
    • Anonymous says:

      aku pun hidap sakit kanser. I spent RM500,000 untuk sembuh. it’s not easy ……………. menderita sakit kanser. emotionally, mentally & physically strained.

      16

      0
  2. anony says:

    Elyana seorang yg kuat semangat dan tabah. Moga Allah merahmati mu selalu.

    15

    0
  3. Anonymous says:

    lepas dia umumkan..tngok rata2 netizen mula amik perhatian menganai cancer..padahal sebelum ni melantak muntah darah maggie la ..red meat la..sblum ni smua duk masuk dalam perut..tp tu asbab ja..mungkin Allah sygkan Elyana..jadi Allah turunkan ujian ni..dosa pun terhapus..best kalau di uji Allah..dengan syarat sbar..maka sepanjang ujian dapat pahala..jadi lepas ni..lebih jaga pemakanan ok..jangan sukahti msuk ja makanan..thank you el…u do the right thing…u such wonderwoman !i doakan yg baik untuk u smoga lekas sembuh!

    16

    0
  4. curious says:

    guys, suami dia pergi mana eh?
    suami dia kan owner sushi restaurant
    Kalau bercerai pun, xkan la xsupport jaga anak langsung?
    omgg

    1

    3
  5. cilimanis says:

    harap elyana tidak layan sangat komen2 buruk di socmed…boleh stress jadinya…

    4

    0
  6. liz says:

    si curious yg komen kat atas nk buat gossip murahan la tu…

    1

    1
  7. Anonymous says:

    Aku rasa curious tu tanya mcm tu sebab El bagitau tak ada duit nak beli susu anak dia

    1

    0
  8. Nobody says:

    Kalau biasa stalk ig story dia ada jer husband dia tapi ramai2 lah.. Jarang tengok selfie berdua. Moga elyana cpt sembuh dgn izin Allah

    0

    0

Leave a Comment

Optional