Ketika penyanyi Elyana Emrizal mengumumkan beliau merupakan pejuang kanser Limfoma tahap 4, seluruh peminat merasa terkejut dan sedih mendengar berita tersebut. Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah netizen yang mempertikaikan tindakan Elyana yang mengumumkan perkara tersebut apabila tersingkir dari Gegar Vaganza 2014. Mereka berkata Elyana cuma mahu meraih simpati ramai.
Kalau saya ingin menagih simpati, dari awal dulu saya melakukannya. Ketika itu saya susah, tidak ada duit untuk membeli ubat dan susu anak. Tapi saya tidak pernah berkongsi semua masalah itu dengan sesiapa termasuk ibu bapa dan adik-beradik. Sudah menjadi prinsip hidup saya tidak suka menyusahkan orang. Saya mahu orang melihat saya sebagaimana diri saya yang sihat, degil, ceria, tiada masalah dan suka berjenaka.
Elyana bersyukur kerana orang ramai bukan sahaja mendoakan beliau tetapi memberikan kata-kata semangat untuk beliau melawan penyakitnya itu. Malah, Elyana juga tidak sangka apabila ada yang menjadikannya sebagai sumber inspirasi.
Pesakit kanser ini tidak boleh tertekan, jadi kami harap tiadalah pihak yang ingin mempertikaikan lagi keputusan Elyana untuk mengumumkan berita tentang sakitnya itu. Janganlah juga memberikan komen negatif. Seeloknya kita terus berikan kata-kata semangat dan mendoakan beliau. Bukan mudah untuk melawan penyakit kanser.