October 14th, 2014

Abang Nara suka membaca kenyataan Raja Azmi ini. Walaupun masyarakat menuduh dirinya menjaja kisah rumahtangga, namun penerbit hebat ini memandang penceritaannya dari sudut yang berbeza. Bagi Raja Azmi, perkongsian yang dilakukan adalah dengan harapan masyarakat di luar sana dapat menjadikannya sebagai teladan. Tak ramai selebriti tempatan yang berterus-terang sebegini. Kebanyakannya tak berani cakap ‘direct’. Respek Abang Nara.
raja azmiMana ada selebriti lain yang berfikiran sebegini. Ada sesetengah selebriti mereka yang kongsi semua cerita termasuk yang tak sepatutnya diceritakan di laman sosial tapi apabila cerita tersebut menjadi kontroversi, diorang pulak yang marah kat kita yang membacanya. Tak ke pelik tue? Silalah contohi sikap Raja Azmi. Bercerita dengan rela, tak ada nak marah-marah dan berharap agar orang lain dapat jadikan pengajaran.

Tulus dari hati saya memang saya sudah tawar hati dengan perkahwinan ini. Mungkin ini nampak tidak sepatutnya berlaku, tetapi saya perlu menerangkan hal sebenar. Dalam hal sebegini tidak akan ada orang lain yang mampu membuat keputusan untuk diri saya, jadi saya yakin dengan apa yang sama mahu.

Saya tidak pernah kata saya tidak bahagia, memang saya bahagia. Malah suami saya juga seorang yang baik. Cuma ada beberapa perkara yang memaksa saya buat keputusan ini.

Tidak, saya tidak percaya jodoh itu terletak kepada berapa lama kita kenal. Sebelum ini saya pernah berkahwin, untuk pengetahuan semua kami hanya saling mengenali lima bulan sebelum berkahwin. Hampir 28 tahun kami bersama sebelum berpisah, jadi tempoh pengenalan singkat bukan menjadi punca dalam hal ini.

Saya tahu perkara ini akan mengundang keadaan yang sama seperti yang saya lalui sebelum ini. Ada yang mengatakan saya menjaja kisah rumah tangga, tetapi saya letakkan diri dalam definisi yang berbeza. Saya mahu berkongsi apa yang berlaku dalam kehidupan saya dengan harapan orang akan jadikannya teladan. Saya tahu, sebagai manusia saya tidak sempurna dan sebab itu jangan ikut perbuatan saya yang jelek di mata mereka.

raja azmi

Mungkin sudah tertulis jodoh Raja Azmi sehingga ini sahaja. Untuk makluman, semalam genap setahun perkahwinan Raja Azmi dan Eddie. Kalau memang tak ada jodoh, semoga ia berakhir dengan baik buat mereka berdua. Kalau nak bercerai pun, biarlah bercerai secara baik. Sama-samalah kita doakan.


Comments are closed.

Loading...