“Saya Komited Nak Bersihkan Nama, Mohon Doa Dari Semua” – Naim Daniel

Hiburan

“Saya Komited Nak Bersihkan Nama, Mohon Doa Dari Semua” – Naim Daniel

Didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, penyanyi Naim Daniel memilih untuk tidak memberikan sebarang komen terperinci bagi menghormati proses perbicaraan yang sedang berlangsung di mahkamah.

Memetik Kosmo Online, Naim menyatakan kesediaannya untuk memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang perbicaraan berlangsung.

Advertisement

Saya di sini baru saja didakwa untuk satu pertuduhan berat, saya faham semua ada persoalan dan banyak tanda tanya yang mengejutkan setengah pihak.

Buat masa sekarang saya belum bercadang untuk mengulas panjang oleh kerana kita masih di peringkat awal. Saya tak ingin ada campur aduk yang boleh menganggu perbicaraan nanti.

Setakat ini, saya serahkan kepada sistem pengadilan. Saya komited untuk bagi kerjasama penuh bagi bersihkan nama, harap dapat doa dari semua.

Ketika ditanya mengenai perkembangan karier seni, penyanyi lagu Sumpah itu memaklumkan bahawa perkara tersebut masih dalam perbincangan bersama pihak pengurusannya, XO House.

Terdahulu dalam prosiding yang berlangsung secara tertutup di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary, Naim mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, Naim didakwa melakukan amang seksual ke atas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Mahkamah membenarkan Naim diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan beberapa syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan.

Untuk rekod, selebriti berkenaan telah ditahan pihak polis pada 3 Jun lalu selepas disyaki terlibat dalam kes amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan di sebuah hotel di Selangor. Bagaimanapun, beliau dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya direkodkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Terpalit Kes Amang Seks*al, Naim Daniel Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah
36 mins ago

Terpalit Kes Amang Seks*al, Naim Daniel Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...