November 4th, 2014

Yeah~~ Gembira Abang Nara mendengar pengakuan selebriti jelita ini. Selepas kecundang dalam perkahwinannya dengan Engku Emran, Erra Fazira mengakui yang dirinya kini sedang berkawan rapat dengan seseorang. Ada desas-desus menyatakan seseorang itu adalah dari golongan sosialit (elit), namun Erra menafikan perkara tersebut. Bagi Abang Nara tak kisahlah golongan atasan ke golongan bawahan ke, yang penting baik hati dan memahami. Tak gitu?

erra fazira

Walaupun sudah berusia 40 tahun, Erra Fazira masih tampil menawan dan tidak hairanlah ada lelaki di luar sana yang terpikat kepadanya. Berikut penjelasan Erra mengenai gosip dirinya bercinta dengan golongan sosialit.

Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya akui memang kini sedang berkawan rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita mengatakan lelaki tersebut adalah daripada golongan atasan, itu tidak benar sama sekali. Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu hubungan itu berdasarkan atas nama, pangkat atau harta.

Saya lebih selesa memilih untuk berkawan dengan orang biasa. Apa yang penting individu tersebut merupakan seorang yang baik dan boleh menerima diri saya seadanya, itu sudah cukup. Saya tidak suka jika dikaitkan dengan mana-mana orang atasan kerana semua itu tidak benar dan itu merupakan satu cerita yang sengaja diada-adakan.

erra fazira

Abang Nara respek dengan pendirian Erra. Memang benar nama, pangkat atau harta tak boleh bawa ke mana dalam satu perhubungan. Kalau ada, itu bonus namanya. Yang penting adalah keserasian dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Lagipun rasanya Erra tak perlukan kekayaan orang lain untuk hidup selesa. Apa pun, semoga hubungan ‘teman tapi mesra’ ini akan berlanjutan ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan. Sumber Kosmo.

P.S: Trailer rasmi filem Fast & Furious 7


Comments are closed.

Loading...