Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Kini Sangat Bahagia Dan Ingin Maafkan Semua Orang Yang Mengecam Saya – Izreen Azminda

Teruk dikecam, dihina dan menerima pelbagai tomahan hampir enam bulan lamanya gara-gara kontroversi perkahwinannya bersama Ude Wahid, pelakon Izreen Azminda tidak mahu memikirkan lagi isu tersebut dan dengan mulia hatinya sudah memaafkan netizen yang selama ini melemparkan kata-kata negatif kepada dirinya.

Advertisement

Bersempena kedatangan Ramadan ini, saya maafkan semua orang yang selama ini menghina, mengecam dan melemparkan kata-kata negatif terhadap saya. Selepas ini saya tidak mahu lagi bercakap mengenai apa yang berlaku. Cukup-cukuplah.

Ibu selalu pesan, kalau kita memaafkan orang lain dalam pada diri kita susah untuk melakukan perkara itu, ketenangan dan kebahagiaan datang sendiri. Alhamdulillah, saya merasainya dan berasa sangat lega.

Izreen akui beliau sangat bahagia dengan kehidupannya sekarang dan enggan lagi mengenangkan saat beliau tertekan dihimpit kontroversi mahupun mengambil pusing dengan percakapan orang sekelilingnya. Beliau juga tidak mahu terlalu menunjukkan kemesraannya dan suami semata-mata ingin membuktikan betapa utuhnya cinta mereka.

Macam dikatakan, saya okey dan bahagia dengan kehidupan sekarang. Saya tidak mahu terlalu bercerita apa dilalui semata-mata untuk membuktikan perkara sebenar. Saya menyerahkan perkara ini kepada Allah dan biar masa menentukan. Allah lebih mengetahui segalanya. Jadi, saya buat biasa saja yang mana menganggap setiap apa yang datang sebagai sesuatu yang positif.

Terdahulu,  Izreen juga sudah menutup ruangan komen di akaun Instagramnya dan mengakui hati beliau kini agak tenang kerana tidak lagi menerima komen-komen negatif daripada netizen. Bukan itu sahaja alasan beliau menutup ruangan komen, antara sebab lain ialah Izreen tidak mahu melihat suaminya sedih dan terguris hati apabila orang ramai terus “menghentam” lelaki itu mengenai kisah silamnya.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

69 Comments

  1. Geet Aditya

    December 21, 2018 at 12:37 am

    memafkan adalah obat dari segala obat. Terimakasih sudah mengajak kami bebragi

  2. Anonymous

    May 20, 2018 at 7:42 pm

    Dia beraya ada suami tapi megakibatkan sebelah sana kali pertama beraya tanpa suami dan ayah pada raya pertama.
    Malu aku nk ckp mcm tu.

  3. Kak beyonce

    May 17, 2018 at 10:40 am

    Keldai dan unta bergabung….bengap xsuda la jwbnye…….menyampah aku…acah2 gud je padahal mcm puaka niyang rapik…..

  4. Rorocks

    May 17, 2018 at 9:38 am

    over nau filter!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top