“Saya Kini Dah Berubah 360 Darjah..” Dazrin Akui Isteri Banyak Ubah Diri Dan Penampilan, Kini Lebih Kemas Dan ‘Profesional’

Hiburan

“Saya Kini Dah Berubah 360 Darjah..” Dazrin Akui Isteri Banyak Ubah Diri Dan Penampilan, Kini Lebih Kemas Dan ‘Profesional’

Pelakon Dazrin Kamarudin mengakui isterinya, Nur Fazulin Razali banyak mengubah hidupnya setelah berumah tangga ke arah yang lebih baik dan positif.

Dazrin juga memberitahu media ketika ditemui bahawa isterinya merupakan insan yang banyak bertanggungjawab mengubah dirinya menjadi seorang yang lebih baik dari segi personaliti dan penampilannya kini.

Advertisement

“Dengan adanya orang rumah dan adanya anak, sekarang ni diri saya berubah 360 darjah. Dialah yang mengubah imej saya, dialah yang mengubah diri Dazrin Kamarudin untuk jadi seorang individu yang lain sikit, lebih efisien, on time, lebih profesional, kemas imejnya dengan sisi yang berbeza,”

Dia menjelaskan bahawa selepas mendirikan rumah tangga, kehidupannya lebih baik dan banyak berubah demi kebaikan. Menurut Dazrin, isterinya banyak membantu dalam usaha untuk menguruskan badan setelah berat badannya naik mendadak selepas mendirikan rumah tangga.

“Dulu masa lepas kahwin berat saya naik mendadak sehingga 90 kilogram. Saya mula diet dan bersenam untuk turunkan berat badan pun penangan dari isteri saya. Dia cakap macam mana saya nka tengok diri saya sendiri di TV dengan badan macam ni. Dari situ saya tefikir, sebagai seorang pelako saya perlu jaga badan dan berdisplin. Jadi saya mula berdiet dengan tidak ambil gula, nasi dan mula aktif ke gim,”

Mengimbas kembali, Dazrin dan pasangan, Nur Fazulin Razali telah mendirikan rumah tangga pada Mei 2017 yang lalu dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Dasuki yang kini berusia dua tahun.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...