Wow. Siapa sangka susur galur keturunan Awie sebenarnya adalah keturunan Raja Siam. Memang Abang Nara dah nampak lama dah aura seorang raja dan pemimpin setiap kali melihat wajah Awie, tetapi tak sangka lah pulak keturunan Raja. Kerana itulah juga Awie telah mengambil keputusan untuk berkahwin baru-baru ini dengan Sharifah Ladyana di Songkhla, Thailand. Orang kata tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat susur galur keturunan.
Malah Awie juga menjawab kritikan pedas para netizen yang mempersoalkan perkahwinannya yang berlaku di Thailand. Biasalah bila kahwin di Thailand ini macam-macam masalah yang boleh timbul. Namun Awie menegaskan yang dia mengetahui undang-undang pendaftaran perkahwinan. Kata Awie:-
Selepas empat tahun mengkaji mengenai keturunan senÂdiri, saya dapati saya sebenarÂnya adalah keturunan Raja SuÂlaiman yang berasal dari loÂkasi tersebut. Sebab itu, saya mahu memastikan kali ini saÂya berkahwin di lokasi tanah tumpah nenek moyang sendiri.
Saya fikir tidak ada salahnya untuk saya bernikah di Thailand meÂmandangkan perkahwinan ini bukan dibuat secara rahsia. Ia berlangsung di dalam masjid dan dalam keadaan yang cukup teratur.
Adalah hak saya untuk berÂkahwin di mana pun, apa yang penting ia sah di sisi syarak. Saya juga tahu undang-undang, bukanlah bodoh sangat
Sebenarnya tak kisahlah kahwin di mana-mana asalkan ia menepati syarak. Cuma yang penting kena daftar perkahwinan selepas pulang ke Malaysia untuk mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan. Apa pun, selamat pengantin baru Awie dan Sharifah Ladyana. Semoga perkahwinan kali ini berkekalan ke akhir hayat. Sama-sama kita doakan. Sumber Utusan Malaysia.