“Saya Kesian Kat Ibu Yang Rungsing Nak Bayar Sewa Tapi Tiada Duit”, Ini Kisah Adik Irham Si Penjual Pulut Panggang

Trending

“Saya Kesian Kat Ibu Yang Rungsing Nak Bayar Sewa Tapi Tiada Duit”, Ini Kisah Adik Irham Si Penjual Pulut Panggang

Sebelum ini admin pernah siarkan di laman sosial Facebook tentang adik bernama Muhamad Irham Mohd Fadzil berumur 10 tahun di mana dia telah menolong ibu menjual pulut panggang di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa.

Advertisement

Kisahnya ini yang turut dimuatnaik oleh saudari Fuzianna Ibrahim telah mendapat perhatian ramai masyarakat yang ingin membantu beliau dan ibunya.

Ramai yang memberitahu jarang berjumpa dengan adik berkenaan selepas viral, mungkin kerana jualannya cepat habis, menyebabkan dia susah ditemui.

Memetik laporan Harian Metro, adik ini dan ibunya, Rita Asri, 38, tinggal di Keramat dan telah ke stesen berkenaan untuk mencari rezeki sejak lima bulan lalu.

Mereka dikatakan akan membawa dua buah bakul berisi pulut panggang setiap hari kira-kira jam enam petang.

Adik Irham memberitahu yang dia menjual kuih berkenaan kerana kasihankan dengan ibunya yang mengalami kesempitan hidup.

“Saya selalu lihat emak menangis kerana rungsing ketiadaan wang untuk membayar sewa bilik RM350 sebulan dan lain-lain perbelanjaan,” katanya.

Dua beranak ini juga telah berjaya dijejaki oleh pihak Baitulmal, hasil semakan Puan Rita merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Menurut Baitulmal lagi, mereka dikatakan tinggal menyewa sebuah bilik bersama empat orang anak yang lain di Lorong Keramat 3, Kg, Datuk Keramat.

“Beliau telah ditinggalkan suami sejak 2015 dan hanya berharap hasil jualan untuk menampung perbelanjaan harian mereka anak beranak.”

“Pihak Baitulmal akan membantu sebaiknya untuk meringankan beban kewangan beliau dan anak-anak,” jelas mereka lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...