Written by AbangNara | March 12th, 2014

Pasti hati Ika Nabila sedih dan kecewa apabila dituduh mempunyai “sugar daddy” yang menaja kehidupannya di kala kepenatan bekerja siang malam untuk mencari rezeki. Ini semua gara-gara kekerapannya yang sering bercuti ke luar negara. Untuk makluman, Ika baru sahaja pulang dari UK bulan Januari lalu kerana bercuti bersama rakan-rakannya.

ika nabila

Mungkin gosip “sugar daddy” ini timbul kerana orang ramai tidak perasan akan lakonan Ika Nabila di dalam drama-drama yang ditayangkan di stesen televisyen. Kata Ika:-

Gosip yang mendakwa saya ditaja seseorang itu tidak berasas sama sekali. Hakikatnya saya memang suka melancong dan meneroka keindahan negara orang sejak dulu.

Malah saya juga sanggup bekerja siang malam mengumpul wang untuk bercuti ke luarga negara, sekaligus merehatkan fikiran selepas penat di lokasi penggambaran.

Saya minta tolong hentikan gosip saya ditaja itu kerana setakat ini saya masih mampu melancong dengan duit sendiri.

ika nabile

Kesian kan Ika Nabila? Apa salah bercuti ke luar negara selepas penat bekerja. Sekurang-kurangnya dapat menenangkan minda dan merehatkan badan. Penat-penat guna duit sendiri boleh pula orang kata ditaja. Tak apalah Ika. Yang penting diri sendiri tahu. Orang lain nak cakap apa suka hati merekalah. Tak gitu?

P.S: Benda pelik yang pernah dijumpai dalam makanan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

29 responses to Saya Kerja Siang Malam Kumpul Wang Untuk Cuti Ke Luar Negara – Ika Nabila

  1. pak mat says:

    aku la yg bela dia nih..:3

    0

    0
    • ahkak puaka says:

      artis…macam tula…masa ada duit perabiskan dengan bercuti dan sebagainya…..nanti bila ditimpa musibah, peminat juga yang dimohon derma…

      0

      0
      • Nara baca Ni says:

        Nara…bila kau nak update lirik lagu Pitbull – Get It Started ft. Shakira macam ada kaitan dgn kehilangan MH370

        0

        0
        • Bedah says:

          Tak perlu lah kot. Daripada masing2 nak buat “kepala taw” tunjuk pandai; sibuk nak tunjukkan pandai dengan teori masing2, Lebih baik berdoa kpd yg Maha Esa kerana Allah lebih mengetahui.
          In fact, Pit Bull dgn Shakira tuh retis je kot… lainnya dia retis Holywood!

          0

          0
        • huh ni pon da mcm rosmah…….konon mgompol duit dari kecik dpt bli cncin brlian bagai…….u brguru dgn rosmah ke retis sendu hoiii…..

          0

          0
      • noni says:

        lol. gaji ak 1500 pn xsampai. keje dlm stahun, alhamdulillah dpt gk p bercuti luar negara. amende lah dorg ni. kmpul lah duit. xyah nk sugar daddy sgt la. pelik sgguh mentality org gini.

        *tp ak idok le mcm ika keje siang mlm. ak keje siang je. mlm haruslah tidoq :D

        0

        0
    • Whatever says:

      Booo…ringgg! Lantaklah, janji trak mintak duit aku.
      #PrayForMH370

      0

      0
  2. ehem says:

    aduhaiii artis bercuti je kata ada sugar daddy..org yg keje kalau gaji 2 ribu kalau dia kumpul2 pun boley je pegi bercuti..mentality org malaysia ni

    0

    0
    • izzy says:

      aku pelik apsal org nk buat citer pasal dia ni..?
      bukan org kenal sgt pun.
      buatle gossip yg best skit

      0

      0
    • sugar daddy says:

      ada ke muka cam ni kena sponsor? virgin pun aku tak nak. lainlah rupa hanez.. tak sesia melabur.

      0

      0
  3. Anonymous says:

    Napa Nara suka sgt update cerita yg dah basi

    0

    0
  4. Hamba Allah says:

    Baik kumpul duit pergi umrah n naik hj dulu..pas da tunaikan kewajipan tu barulh rase lega sikit nk melancong kat luar ngara..just pringatan utk diri sndr

    0

    0
    • Kak Mala says:

      Kalau lah betul ikhlas peringatan untuk diri sendiri..tak payah lah tulis komen tu kat sini…! Jaga2 dengan orang yang hati berniat jahat….*just peringatan untuk diri sendiri*..!

      0

      0
      • huk aloh says:

        huk aloh mu nie kak mala..x sala pung nk pringtkan diri sndr..skurg2ny dia muhasabah diri sndr..dan lagi satu, komen kak mala bunyi ‘Jaga2 dengan orang yang hati berniat jahat’ tu rujuk kat komen Hamba Allah tu ke..?mane kak mala tau yg dia tu niat jahat?kalau dia niat baik camne?da jd 1 fitnah tu kak mala oiiii…baik kak mala g bunuh orang dr duk tabur fitnah kat org len.huk aloh

        0

        0
  5. Anonymous says:

    biaq pi la dia nk melancong ka… adoi hang pa ni bnda cm ni pun nk di pertikai kn…

    0

    0
  6. lulu says:

    Bukan ape, org pelik sgt.. Nk kata kuar tv sllu pn x,nk kata jd duta pn x, nk kata bkak bisnes sndri pn x.. Sllu jerk brcuti kt luar ngara plk 2.. Eh k0 x pelik ker???

    0

    0
    • luli says:

      @lulu
      dasyat kau kn smpai mcm tu skali kau ambil tahu..kau stalk si ika ni ek???
      kantoi!

      0

      0
    • minah chik says:

      ape nak peliknye. mmg trend retis skrg ramai suke bjalan obesi.
      tgk ramona zamzam tu. boleh kata every month merayap sane sini,
      dulu byk pegi europe baru ni die jelejah asia pula.
      diorg shooting mmg le byk duit, mmg boleh je jalan sana sni.
      eh takyah la cite ika nebila ni tak femes pun nara oiii

      0

      0
  7. NQR says:

    better sumbangkan wang pada yg memerlukan atau kurang berkemampuan. kita bila dah kaya,hiduplah menyumbang.

    0

    0
  8. themightydingdong says:

    sape dia ni? bukan dia pernah keluar mastika sebgai salah satu perempuan seksi malaysia ke?

    0

    0
  9. JEMAH JEMATON Jr says:

    Kami Warga Malaysia PERCAYA!

    0

    0
  10. sekarang ni nak jalan bukan mahal sangat.. kalau pergi europe tu yang buat mahal ialah tiket kapal terbang je.. hotel,transport n makan still affordable lagi.. lagipun artis sendu ni bukan nya dah kahwin or ada anak. so duit dia untuk diri dia sendiri.. jalan lah puas-puas bila dah berumah tangga.. jalan kat dapur rumah je la ulang alik ulang alik kene masak. hahaha

    0

    0
  11. Cik Siti says:

    Abang Nara!! Sumpah, ni cerita yang paling boring dan sendu sesendunya yg penah i baca.. Jgn la update pasal retis yg org tak kenal sgt. NEXT!!!!!!

    0

    0
  12. HANTU RAYA says:

    DIA NI SAPE HAH?

    PELAKON KER PENYANYI?

    0

    0
  13. Shhh says:

    To Abg Nara,

    Dulu sy suka bca blog abg nara ni..sbb ni blog paling popular..skrg ni sy lebh suka bca blog ohbulan sbb byk cerita artis2 luar dan dalam Negara yang terkini..fesyen, kecantikan dll..blog dorg pun nampk lebih kemas dan teratur..sorry to say lah abg nara..blog abg ni dah bosan..you must improve..okay bye…
    Antara blog/laman web hiburan yg paling popular :-
    (i) Ohbulan
    (ii) RotiKaya
    (iii) Murai
    (iv) Beautifulnara
    (v) Gua.com

    0

    0
  14. kopoklekor says:

    who is she? why bother? x kenal pun

    0

    0
  15. haznan says:

    Hutang kat kolej di balik pulau 4 ribu pun tak terbayar..

    0

    0