Saya Kerja Siang Malam Kumpul Wang Untuk Cuti Ke Luar Negara – Ika Nabila

Hiburan

Saya Kerja Siang Malam Kumpul Wang Untuk Cuti Ke Luar Negara – Ika Nabila

Pasti hati Ika Nabila sedih dan kecewa apabila dituduh mempunyai “sugar daddy” yang menaja kehidupannya di kala kepenatan bekerja siang malam untuk mencari rezeki. Ini semua gara-gara kekerapannya yang sering bercuti ke luar negara. Untuk makluman, Ika baru sahaja pulang dari UK bulan Januari lalu kerana bercuti bersama rakan-rakannya.

ika nabila

Advertisement

Mungkin gosip “sugar daddy” ini timbul kerana orang ramai tidak perasan akan lakonan Ika Nabila di dalam drama-drama yang ditayangkan di stesen televisyen. Kata Ika:-

Gosip yang mendakwa saya ditaja seseorang itu tidak berasas sama sekali. Hakikatnya saya memang suka melancong dan meneroka keindahan negara orang sejak dulu.

Malah saya juga sanggup bekerja siang malam mengumpul wang untuk bercuti ke luarga negara, sekaligus merehatkan fikiran selepas penat di lokasi penggambaran.

Saya minta tolong hentikan gosip saya ditaja itu kerana setakat ini saya masih mampu melancong dengan duit sendiri.

ika nabile

Kesian kan Ika Nabila? Apa salah bercuti ke luar negara selepas penat bekerja. Sekurang-kurangnya dapat menenangkan minda dan merehatkan badan. Penat-penat guna duit sendiri boleh pula orang kata ditaja. Tak apalah Ika. Yang penting diri sendiri tahu. Orang lain nak cakap apa suka hati merekalah. Tak gitu?

P.S: Benda pelik yang pernah dijumpai dalam makanan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...