Semalam, tular klip rakaman menunjukkan Ratu Farah membuat persembahan ketika mendapat jemputan daripada program popular, MeleTop.
Ia sekaligus mengundang pelbagai persoalan daripada warganet yang mempersoal mengapa stesen TV menjemput ‘artis tular’ seperti itu sedangkan ada bakat lain yang boleh diketengahkan.
Penyanyi yang juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 2015, Sharul Kamal turut meluahkan rasa kecewa apabila stesen TV lebih memilih untuk mengangkat individu seperti Ratu Farah.
Menerusi Twitter, Sharul Kamal berkata dia sering berharap diberikan peluang untuk mempromosikan lagu selepas bekerja keras namun tidak diendahkan.
Saya ni bekerja keras bertahun-tahun nak buat lagu yang ada kualiti, nak lah promo lagu dalam program seperti MeleTOP tapi….Apakan daya, kualiti macam ni yang ditagihkan.”
Saya ni bekerja keras bertahun2 nak buat lagu yang ada kualiti dan kemudian nak lah promo lagu dalam program tv yang ada rating tinggi seperti contoh MeleTOP tapi sayang, selalu dapat jawapan “nanti kami check slot”.
Apakan daya, kualiti macam ni yang ditagihkan. https://t.co/uXa4erHWHf
— SK (@sharulkamal_) February 8, 2023
Ramai warganet menyokong Sharul dan apa yang dikatakannya itu serta rata-ratanya turut memberikan semangat buatnya agar tidak patah semangat untuk terus berkarya.
Malah, ramai yang turut tidak bersetuju dengan program TV seperti MeleTop kerana menjemput Ratu atau mesra disapa ‘Latu’ hanya smeata-mata untuk naikkan rating.