“Saya Kenang Jasa Budi Mereka” – Hannah Delisha Tiada Komen Tentang Isu Bayaran Syarikat Pengurusan Lama

Hiburan

“Saya Kenang Jasa Budi Mereka” – Hannah Delisha Tiada Komen Tentang Isu Bayaran Syarikat Pengurusan Lama

Beberapa selebriti dan aktres popular tanah air telah menimbulkan spekulasi antara kalangan ramai apabila dirinya dan rakan-rakan artis yang lain telah sah meninggalkan syarikat pengurusan mereka pada Ogos lalu.

Hannah Delisha serta Aiman Hakim Ridza, Zahirah MacWilson dan Sharnaaz Ahmad merupakan pelakon-pelakon yang tidak lagi berkhidmat dibawah Prodigy Syndrome Management.

Advertisement

Pengunduran ini dibuat atas persetujuan semua, tak bergaduh sesama kami pun. Cuma, syarikat itu nak berhenti operasi dan bersara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?????? ??????? (@hannahdelisha)

Melalui berita mengejutkan yang dimuatnaik di akaun Instagram masing-masing, selain untuk memberitahu pengunduran tersebut, mereka juga ingin memaklumkan kepada pihak yang berkaitan berkenaan potensi kolaborasi di masa akan datang.

Pelakon siri drama televisyen terkenal Andai Itu Takdirnya itu mengakui tiada sebarang perbalahan dengan syarikat pengurusannya yang lama ataupun dengan pelakon yang lain.

Sebenarnya, saya kenang jasa budi syarikat itu dari dulu hinggalah sekarang. Soal tidak puas hati berkait isu bayaran, saya tiada komen.

Tambahnya lagi, syarikat pengurusanya yang baru adalah kenalan lama. Jadi, pelakon jelita itu lebih selesa untuk bekerjasama dengan mereka.

Bagaimanapun, bukan pengurus tersebut yang mencari pelakon ini tetapi Hannah sendiri yang mengambil inisiatif untuk berkerjaya bersama mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Aduh Nampak Bentuk Lah..” Seluar Dipakai Hannah Delisha Jadi Bualan, Ramai Sakit Mata

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...