“Saya Kena Tampar Dengan Mak Jah!” – Aniq Ditampar Agar Dapat Menjiwai Watak

Hiburan

“Saya Kena Tampar Dengan Mak Jah!” – Aniq Ditampar Agar Dapat Menjiwai Watak

Bekas Hero Remaja edisi kesepuluh dan pelakon Aniq Suhair atau nama sebenar Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 21 memberitahu dirinya ditampar oleh pelakon senior supaya dapat menjiwai watak ketika mempunyai babak yang perlu mengeluarkan air mata di penggambaran drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Aniq memberitahu, kerana ingin mempercepatkan proses penggambaran pada hari itu, pelakon veteran Mak Jah terpaksa menampar pipinya agar berjaya menjiwai watak sebelum rakaman bermula.

Advertisement

Kerana tamparan hebat yang diberikan oleh Mak Jah sebelum penggambaran itu, Aniq berjaya melakonkan watak itu dengan jayanya.

Melalui temu bual dengan Mstar Online, Aniq berkata,

Saya kena tampar dengan Mak Jah! Di belakang tabir dia baik sahaja tapi disebabkan babak itu saya kena menangis dan mereka semua nak cepat selesai, dia datang dan terpaksa menampar saya.

Tambahannya lagi,

Selepas menampar bahagian pipi, dia kata nangislah dan sekali lagi tampar saya… memang terasa tamparan itu, sakit sungguh!

Walaupun tindakan yang diambil oleh Mak Jah atau nama sebenar Maimunah Ahmad itu agak mengejutkan Aniq, tetapi dia tetap berterima kasih kepada Mak Jah kerana telah membantu dirinya menyelesaikan babak itu dengan cepat dan mudah.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    April 16, 2021 at 7:59 am

    terima kasih mak jah. ape gune senior kalau junior xnk belajar dr senior kan.. ape org lame ckp tu ade betol nye. jgn la disangkal2. xpyh menegakkan benang yg sedia basahhh.

Loading...