June 28th, 2018

Meskipun hatinya sudah lama terluka dan menanggung derita, penyanyi Ziana Zain bagaimanapun memberitahu beliau akan terus sabar serta tabah untuk menyelesaikan kes perceraian beliau dengan suami, Armin Zaharin yang masih lagi berlanjutan.

Pagi tadi Ziana telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk sebutan keputusan Jawatankuasa Pendamai. Ziana masih mengikut prosedur untuk hadir ke mahkamah walaupun beliau kurang sihat, tetapi Armin tidak hadir tanpa sebarang pemberitahuan.

Tiada apa yang diharapkan lagi oleh Ziana kecuali kerjasama yang baik daripada suaminya itu. Sudah tiba masanya untuk mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi dan meneruskan kehidupan masing-masing.

Kalau 20 tahun saya boleh bersabar, jadi sikit lagi saya kena sabar. Kalau kita ada tanggungjawab untuk satu sama lain, kita sepatutnya hadirlah (pada sidang mahkamah hari ini).

Terdahulu, Ziana memfailkan kes perceraiannya dengan Armin selepas lelaki itu enggan berpisah secara baik. Malah, Ziana juga sudah tidak tahan apabila mendakwa Armin sering mengasari anak-anak mereka. Pasangan ini bernikah pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata bersama.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Roslin Mat Tahir & Muhammad Sulaiman


41 responses to “Saya Kena Sabar Sikit Lagi – Ziana Zain Kekal Tabah Hadapi Kemelut Perceraian”

  1. yg memerhati says:

    pe lah korang ni… dlm 20 tahun mungkin dlm beberapa tahun si laki masih kje ngn MAS lg, selalu fly, so xterasa sgt lah penderaan tu, mungkin ble dah kena buang dr MAS, kje sendiri ke pe, masa byk di rumah mungkin dr situ lah masalah tu makin merebak… bukan kata bertahan selama 20 tahun tu bodoh ke pe, mungkin tempoh beberapa tahun msih xketara n diberi peluang… dan anak masa tu kanak2 kecil lg.. kita xtau perjalanan kisah dorg

  2. Anonymous says:

    Aku sokong yg komen 1st..nasib baik tunggu 20 tahun tk beranak lagi..4 pun rasanya kalau bapak dh macm tu kesian budk2 tu..ziana tunggu dh expire tkle beranak baru minta cerai..bukan apa betul tk aku ckp

Loading...