Meskipun hatinya sudah lama terluka dan menanggung derita, penyanyi Ziana Zain bagaimanapun memberitahu beliau akan terus sabar serta tabah untuk menyelesaikan kes perceraian beliau dengan suami, Armin Zaharin yang masih lagi berlanjutan.
Pagi tadi Ziana telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk sebutan keputusan Jawatankuasa Pendamai. Ziana masih mengikut prosedur untuk hadir ke mahkamah walaupun beliau kurang sihat, tetapi Armin tidak hadir tanpa sebarang pemberitahuan.
Tiada apa yang diharapkan lagi oleh Ziana kecuali kerjasama yang baik daripada suaminya itu. Sudah tiba masanya untuk mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi dan meneruskan kehidupan masing-masing.
Kalau 20 tahun saya boleh bersabar, jadi sikit lagi saya kena sabar. Kalau kita ada tanggungjawab untuk satu sama lain, kita sepatutnya hadirlah (pada sidang mahkamah hari ini).
Terdahulu, Ziana memfailkan kes perceraiannya dengan Armin selepas lelaki itu enggan berpisah secara baik. Malah, Ziana juga sudah tidak tahan apabila mendakwa Armin sering mengasari anak-anak mereka. Pasangan ini bernikah pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata bersama.
Kredit Foto : Roslin Mat Tahir & Muhammad Sulaiman