“Saya Kena Hidup Dalam Ketakutan Ke..” – Wang Tunai Berjumlah RM400K Belum Ditemukan, Kak KM Masih Trauma

Kehidupan

“Saya Kena Hidup Dalam Ketakutan Ke..” – Wang Tunai Berjumlah RM400K Belum Ditemukan, Kak KM Masih Trauma

Usahawan sensasi, Liana Rosli atau digelar Kak KM ini mengakui masih trauma dengan insiden rompakan rumahnya pada awal Mac lalu. Hal tersebut membuatkan dia tidak dapat tidur lena lagi-lagi setelah mengetahui rumah Kieda Crepe juga telah dipecah masuk.

Hidup dalam ketakutan

Kata Kak KM, dia mempersoal keselamatannya dan adakah dia perlu hidup dalam ketakutan selepas ini disebabkan kejadian tersebut. Katanya, hal ini juga telah menjejaskan perniagaannya secara tidak langsung.

Advertisement

Tahu tak kes perompak masuk rumah Kieda? Orang sama pecah masuk rumah saya. Suspek kena tahan reman tujuh hari tapi dibebaskan selepas membayar ikat jamin.

 

Saya kena hidup dalam ketakutan ke? Dah tak boleh pakai barang kemas? Saya ni berniaga jadi bila hidup dalam ketakutan, tidur pun tak lena.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liana Rosli (@lianarosli_official)

Wang tunai gagal dikesan

Bukan itu sahaja, usahawan ini turut meluahkan rasa kecewa apabila wang tunai yang lesap berjumlah RM400,00 itu masih belum berhasil dikesan oleh pihak polis. Namun Kak KM hanya mampu berharap pelaku akan menerima hukuman atas perbuatan mereka.

Buat masa sekarang saya sedang berbincang dengan pihak pendakwa raya berkaitan kes tersebut selain mengenai wang RM400K yang masih lesap.

 

Saya harap penjenayah itu akan terima hukuman setimpal atas perbuatannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liana Rosli (@lianarosli_official)

Sekadar info, pada 4 Mac lalu, rumah Kak KM telah dipecah masuk dan sebuah peti besi mengandungi jongkong emas serta wang tunai bersama beberapa bag tangan berjenama telah diambil oleh pelaku.

Tak lama kemudian, pada 16 Mac lalu pihak polis berjaya menahan empat warga tempatan berusia 22 hingga 36 tahun berhubung kes tersebut.

kieda crepe dirompak
2 weeks ago

"Mereka Dah Biasa.." - Kieda Crepe Dakwa Selain Rumahnya, Rumah Kak KM Juga Dirompak Oleh Suspek Sama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...