“Saya Kena ‘Check’ Menteri Pelancongan Demam Ke Apa” – Anwar Ibrahim

Berita

“Saya Kena ‘Check’ Menteri Pelancongan Demam Ke Apa” – Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian ketika berseloroh di Dewan Rakyat hari ini apabila ditanya mengenai ketiadaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, yang dilihat tidak hadir semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).

Advertisement

Saya kena check (periksa) Menteri Pelancongan (Seni dan Budaya) demam ke apa, saya tak tahu.

Soalan berkenaan diajukan oleh Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN–Masjid Tanah) yang mempersoalkan keberadaan Tiong King Sing ketika Anwar menjawab isu berkaitan persediaan kerajaan menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026, termasuk aspek promosi antarabangsa dan kerjasama kerajaan negeri.

Ahli Parlimen pembangkang itu turut menyatakan bahawa Menteri Pelancongan sepatutnya hadir menemani Perdana Menteri dalam sesi berkenaan.

Anwar Ibrahim Beri Amaran Keras Kepada MOTAC, Arah Pastikan Insiden Hidang Arak Tidak Berulang

Mana Menteri Pelancongan (Seni dan Budaya)? Patut dia teman Yang Amat Berhormat (Anwar) jawab soalan hari ini.

Tak macam Tok Mat (Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan) datang (ke Dewan Rakyat) sokong YAB (Anwar),” katanya.

Jawapan bersahaja Anwar itu mencetuskan suasana ceria di dalam Dewan, sekali gus menutup sesi PMQT hari ini dengan nada ringan dan berjenaka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anwar Ibrahim beri amaran keras pada MOTAC
2025-10-07 14:07:51

Anwar Ibrahim Beri Amaran Keras Kepada MOTAC, Arah Pastikan Insiden Hidang Arak Tidak Berulang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...