“Saya Kena Ambil Ubat Tahan Sakit Dan Minum Jamu!”- Beli Seekor Kuda, Faizal Tahir ‘Dilambung’ Setinggi Tujuh Kaki

Hiburan

“Saya Kena Ambil Ubat Tahan Sakit Dan Minum Jamu!”- Beli Seekor Kuda, Faizal Tahir ‘Dilambung’ Setinggi Tujuh Kaki

Penyanyi Faizal Tahir yang dilaporkan baru saja membeli seekor kuda telah berkongsi sebuah detik cemas apabila telah dilambung setinggi 7 kaki oleh haiwan berkenaan ketika sedang menjalani sebuah penggambaran, baru-baru ini.

Menamakan kuda yang baru dibelinya itu sebagai Jibril, Faizal menjelaskan bahawa dia teruja untuk memilik haiwan tersebut setelah menjalani penggambaran muzik video terbarunya berjudul Nobody.

Advertisement

“Menunggang kuda itu sunnah nabi. Alhamdullilah apabila kita ada niat Allah bukakan jalan. Baru saja belajar naik kuda dapat pula rezeki beli seekor kuda jantan yang saya beri nama Jibril, bulan lepas.”

Turut bercerita mengenai cara penjagaan Jibril, Faizal memberitahu bahawa kuda merupakan haiwan yang agak sensitif dan memerlukan ‘connection’ sebelum bergelar ‘tuan’ kepada makhluk berkenaan.

View this post on Instagram

 

?

A post shared by FT (@faizal_tahir) on

Sering berkunjung ke MAEPS Serdang untuk melihat kuda peliharaannya itu, Faizal juga berkata dia kini tidak tidur selepas subuh seperti kebiasaannya malah turut membawa anak-anak menunggang kuda dan memandikan haiwan tersebut.

Menurutnya lagi, ketika menjalani penggambaran muzik video Nobody, dia telah berdepan dengan sebuah pengalaman yang menakutkan apabila dirinya telah dilambung hampir tujuh kaki oleh kuda berkenaan.

View this post on Instagram

 

Ada ke orang tak suka mandi laut? Kuda pun suka mandi laut.

A post shared by FT (@faizal_tahir) on

“Ketika hari pertama penggambaran, merupakan kali pertama saya naik kuda, tapi semasa latihan semuanya okay namun ketika masa rakaman saya pakai robe atau jubah panjang dan mungkin terkena kuda tersebut dan mengakibatkan dia terkejut. Kuda itu campak saya menyebabkan saya melambung hampir tujuh kaki. Semua kru tergamam dan tawakal sajalah. Alhamdullilah saya jatuh namun tiada patah atau kecederaan parah dialami,”

Setelah melalui pengalaman menakutkan itu, penyanyi lagu Gemuruh itu terpaksa mengambil ubat tahan sakit dan meminum jamu untuk meneruskan penggambaran muzik video tersebut.Namun, dia pulih seperti biasa selepas dua hari menahan sakit.

Perkembangan terkini, muzik video single terbarunya itu bakal dilancarkan di saluran Youtube Faizal Tahir pada hari ini. Nobody merupakan lagu ciptaannya bersama Firdaus Rahmat, Mas Dewangga, Mage dan Mike Chan hasil terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...