“Saya Kembali Pada Pasukan Pertama Saya..” – Kesekian Kalinya Bertukar Pengurus, Akhirnya Aina Abdul Kembali Ke Pengurus Lama

Hiburan

“Saya Kembali Pada Pasukan Pertama Saya..” – Kesekian Kalinya Bertukar Pengurus, Akhirnya Aina Abdul Kembali Ke Pengurus Lama

Baru-baru ini, penyanyi terkemuka, Aina Abdul mengesahkan bahawa dirinya sudah pun kembali menggunakan khidmat pengurus lama iaitu Zizi Hadid mengantikan pengurusnya sebelum itu, Azrul Anuar yang tidak lagi bersamanya.

Pasukan yang terbaik

Enggan mengulas berkenaan isu mengapa tidak lagi bersama Azrul, Aina hanya berkata bahawa dirinya telah meletakkan kepercayaan penuh pada pengurusan sekarang yang pernah berkhidmat dengannya sebelum ini.

Advertisement

Saya sudah kembali kepada pasukan pertama saya.

 

Apa saya boleh katakan, ini adalah pasukan yang terbaik.

 

Bagaimana saya ke kiri atau kanan sekalipun, mereka inilah yang bersama dan selalu ada menyokong saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Pengurus lama ada kerja baru

Namun demikian, pelantun lagu Sepi ini ini menegaskan bahawa dirinya tidak menyingkirkan bekas pengurusnya itu, sebaliknya Azrul sudah pun memilih untuk ke peluang pekerjaan yang lain.

Semua orang ada rezeki masing-masing.

 

Pengurus lama saya sudah mempunyai peluang pekerjaan lain.

 

Kini, saya balik kepada pasukan pertama saya iaitu pengurus dan abang yang sudah menjaga saya sejak dahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Sebelum ini, penyanyi popular ini menafikan tuduhan dimana dirinya memberhentikan pengurusnya, Zizi kerana perselisihan faham setelah empat tahun bekerjasama. Namun kini, Aina telah kembali menggunakan khidmat Zizi sebagai pengurus.

aina
4 months ago

"Dia Punya Letih, Tuhan Je Yang Tahu.." - Penyanyi Akui Menghibur Di Kelab Malam Tak Mudah, Faham Perasaan Aina Abdul

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...