Boleh dikatakan dua hari yang lalu kisah mengenai seorang doktor yang ‘dicekup’ dengan isteri orang di dalam kereta telah pun menjadi tumpuan warganet.
JCI Kota Bharu mohon berhenti serang, dah gantung Dr Wong daripada bertugas
Susulan isu itu sudah tular, difahamkan pihak JCI Kota Bharu telah pun bersuara mengenai perkara tersebut susulan terkena tempias kecaman atas perbuatan doktor berkenaan.
Berikutan situasi yang berlaku, Presiden JCI Kota Bharu 2025 Dr Wong Lu Yang telah digantung daripada menjalankan tugasnya. Mulai sekarang, JCI Kota Bharu akan diketuai sementara oleh Immediate Past President kami, Tan Zhi Qian (Presiden 2024).
Dalam pada masa yang sama, JCI Kota Bharu juga memohon agar orang ramai berhenti menyerang kerana ia akan menjejaskan semangat sukarelawan dan khidmat masyarakat yang JCI Kota Bharu perjuangkan.
Terima ugutan, ambil tindakan undang-undang
Disebabkan isu ini semakin besar, doktor terbabit, Dr Wong Lu Yang memaklumkan dirinya dan seluruh keluarga menerima ugutan serta menjadi mangsa buli siber di platform media sosial.
Saya telah membuat laporan polis, dan saya berhak untuk mengambil tindakan di bawah undang-undang Malaysia terhadap mereka yang menyalahgunakan data peribadi saya, menyiarkan kandungan berunsur fitnah atau mengganggu keluarga saya.
Dalam pada masa yang sama, doktor Wong juga memohon maaf serta menegaskan isu yang berlaku tidak seharusnya melibatkan organisasi, rakan dan ahli keluarganya.