“Saya Kehilangan Kata-Kata” – Ashira Menggigil Dengar Berita Bad Indigo Meninggal Dunia

Hiburan

“Saya Kehilangan Kata-Kata” – Ashira Menggigil Dengar Berita Bad Indigo Meninggal Dunia

Penyanyi dan juga bekas isteri kepada Bad Indigo, Ashira meluahkan rasa terkejut apabila bekas suaminya itu dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi.

Dihubungi media, Ashira memaklumkan bahawa dia menerima berita duka terebut daripada kenalan media.

Advertisement

Saya sebenarnya tak tahu apa-apa langsung sebab saya dah lost contact lama dah. Macam dia dah ada kehidupan dia kan, tak bermesej apa semua.

Tadi tahu daripada wartawan lain, tak perasan pula kak Liza Hanim post. Saya call Kak Liza, nak tanya sahih ke tak, dia sahkan arwah meninggal sebab serangan jantung lepas Maghrib tadi.

Ujarnya lagi, dia tidak menyangka arwah Bad akan pergi selama-lamanya memandangkan dia sebelum ini kelihatan baik-baik sahaja di media sosial.

Masa dapat tahu terkejut sangat sebab selalu nampak video-video yang dia buat di tempat kerja. Nampak sihat Alhamdulillah. Entahlah, saya masih speechless dan menggigil.

Sekadar info, Allahyarham Bad dan Ashira pernah mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021 sebelum bercerai pada Jun 2022.

Arwah sebelum ini pernah bernikah dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Ashira juga bergelar ibu tunggal seorang anak sebelum mereka berdua berkahwin setelah rapat dalam sebuah program realiti nyanyian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 months ago

(TAKZIAH) Bad Indigo Meninggal Dunia Di Tempat Kerja - "Dia Diberi Minum Air, Tiba-Tiba Dia Senyap..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...